Ahad, 20 November 2022

ZAHID DISERANG




Noh Omar pula desak Zahid letak jawatan

NOH Omar melepaskan jawatan ketua Badan Perhubungan Negeri Umno Selangor dan mendesak presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk letak jawatan presiden parti.

Noh adalah pemimpin Umno ketiga hari ini yang secara terbuka mahu Ahmad Zahid bertanggungjawab atas prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 semalam.

Katanya, beliau sudah hilang kepercayaan kepada Ahmad Zahid selepas gagal memimpin Umno dan BN dalam PRU15.

“Bukan sahaja presiden tidak percaya pada saya, saya juga sudah hilang kepercayaan kepada presiden. 

“Saya minta kalau presiden berjiwa besar, dia patut letak jawatan seperti Najib Razak,” katanya kepada wartawan sebelum ke mesyuarat MKT Umno petang ini.

Noh berkata prestasi Ahmad Zahid sebagai presiden parti juga tercalar apabila hanya menang “300 lebih (undi) sahaja” mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk.

Ahmad Zahid menang hanya 348 undi mengatasi pencabarnya bekas ketua penerangan PKR yang juga calon Pakatan Harapan, Shamsul Iskandar Md Akin dan dua calon lain. Undi Ahmad Zahid merosot lebih 2,300 berbanding pilihan raya 2018.

Kenyataan Noh menyusul desakan sama disuarakan Shahril Hamdan yang letak jawatan ketua penerangan Umno.

Desakan itu awalnya dimulakan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi susulan apa yang disifatkannya tsunami Melayu.

“Kita semua sedia maklum bahawa satu tsunami politik orang Melayu berlaku, di mana orang Melayu menolak Umno. Umno rebah.

“Usaha untuk memulih dan memperbaiki parti ini perlu bermula sekarang. Jika kita tidak berubah sekarang, kita tidak akan memenangi satu kerusi pun pada masa akan datang,” katanya.

Beliau memberi contoh peletakan jawatan Najib Razak daripada jawatan Umno dan BN selepas PRU14. – 20 November, 2022.

INI PERKARA

AMAT BAIK

AMIN

BILA MUSUH

BERGADUH

KITA BUBUH 

BANYAK MINYAK

KAH KAH KAH

KITA BEKAL

PISTOL & PELURU

KAH KAH KAH

BAGI DUA DUA

MATI TEGAK

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa dia ingat kami pengundi2 ni semua tak undi bn sebab Zahid ke? Umno letak bersih macam mana pun aku tak undi bn ni. Bukan sebab Zahid tapi sebab nama umno tu! Orang dah takmau nama tu dah. Kau ingat makcik pakcik kampung yang tak layan ceramah, tak Main fn Twitter tu tau ke pasal Zahid? Dia taktau apa pun yang dia tau umno ni mengarut.