Rabu, 21 Disember 2022

BERJUBO KE TAK BERJUBO ?


PM diberi amaran jangan kelirukan Parlimen berhubung pengampunan sabitan kes liwat


Ahli Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin berkata kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa beliau tidak memohon pengampunan dari Agong bagi sabitan kes liwatnya adalah sebuah kenyataan yang mengelirukan dan menghina Dewan Rakyat.

Dalam sebuah kenyataan, Azman berkata kenyataan Anwar itu bercanggah dengan fakta yang dinyatakan di dalam Perintah Pengampunan yang dikeluarkan di bawah meterai diraja pada Mei 2018.

“Kenyataan ini secara terang bercanggah dengan Perintah Pengampunan Penuh bertarikh 16 Mei 2018 yang telah ditandatangani oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.


“Di dalam Perintah Pengampunan tersebut yang dimetrai dengan meterai di-Raja dan juga ditandatangani oleh perdana menteri ke-7 Dr Mahathir Mohamad, telah direkodkan  bahawa Anwar telah memohon untuk pengampunan sebanyak dua kali. 

“Permohonan yang pertama yang dibuat oleh banduan adalah pada 16 Mac 2015 dan kali kedua pada 27 Februari 2017.”

Bagaimanapun, katanya, kedua-dua permohonan tersebut ditolak oleh Lembaga Pengampunan.

Dalam pada itu, beliau berkata kenyataan bercanggah yang dibuat Anwar itu merupakan perkara serius dan melibatkan kepentingan awam dan negara.

“Tambahan, PM Anwar Ibrahim memberi penekanan semasa pidatonya di Dewan Rakyat supaya kenyataan bahawa beliau tidak pernah memohon untuk pengampunan, direkodkan dalam Hansard. 

“Ia adalah tindakan yang sengaja dan berkira (calculated).”

Semalam, seorang peguam Rafique Rashid turut menyanggah kenyataan Anwar tersebut, mendedahkan presiden PKR itu sebenarnya pernah memohon pemgampunan lebih dua kali.

Katanya, Anwar hanya diberi pengampunan bagi permohonon ketiga selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pada Mei 2018.

Kenyataan Anwar di Dewan Rakyat itu adalah susulan cabaran daripada ketua pembangkang dari Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin yang menggesa Anwar menyaman media antarabangsa yang mengeluarkan laporan berita hingga boleh mencemarkan imej negara.

Laporan yang dirujuk beliau diterbitkan media Itali Agenzia Nova yang menerbitkan artikel bertajuk "First Full-blown Homosexual Elected Prime Minister in an Islamic Country".

BERJUBO KE

TAK BERJUBO

KAH KAH KAH

AMPUN KE

TAK AMPUN

KAH  KAH KAH

INI SOALAN

YANG DITANYA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: