Rabu, 21 Disember 2022

ANJING DATANG MEMBANTU


ANJING DATANG

MEMBANTU

KHALAS

Unknown commented on 
"SOALAN DALAM PARLIMEN"
Binatang lebih menyumbang kebaikan daripada sesetengah manusia bergelar Why Bee, ini kisahnya. Amin Sedar atau tidak, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Selangor, Selangor sudah pun memasuki hari keempat, hari ini. Selain kekuatan dan kebijaksanaan manusia menjayakan operasi SAR tersebut, ada makhluk lain yang turut 'berpadu tenaga' dalam memastikan mangsa-mangsa tertimbus dapat ditemui di lokasi kejadian yang menyayat hati itu.

 Sejak hari pertama lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menurunkan sebanyak enam ekor anjing pengesan dari Unit K9, Jabatan Siasatan Jenayah yang mana, dua daripadanya ialah Leo (warna hitam) dan Reed (warna coklat). Dari 'raut wajah' Leo dan Reed, dapat dilihat kesungguhan dan keletihan yang dialami oleh kedua-dua ekor wira tidak didendang ini, demi memastikan baki sembilan lagi mangsa yang hilang berjaya ditemui semula. Tabik hormat buat Leo dan Reed! Terima kasih atas khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada negara. Kah kah kah Kah kah kah

Tiada ulasan: