Khamis, 22 Disember 2022

PEMIMPIN HOMOSEXUAL



Anwar mohon pengampunan lebih dua kali, kata peguam


Seorang peguam menyanggah kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung pengampunan yang diberi oleh Sultan Muhammad V ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 2018.

Menurut dokumen Perintah Pengampunan dan Pembebasan Serta Merta Anwar yang dikongsikan Rafique Rashid di akaun media sosial beliau, presiden PKR itu sebenarnya dua kali memohon kepada Lembaga Pengampunan pada 2015 dan 2017 untuk diampunkan namun kedua-dua rayuan tersebut ditolak.

Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Anwar selepas didapati bersalah atas tuduhan liwat.

Berdasarkan dokumen itu, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada 16 Mac 2015 dan 27 Februari 2017 menimbang rayuan banduan dan fakta-fakta kes tersebut.

Bagaimanapun, Lembaga Pengampunan menasihatkan supaya hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap Anwar hendaklah diteruskan.

"Dan bahawasanya adalah munasabah pada hemat Beta, belas kasihan patut diberi kepada Anwar Ibrahim," demikian menurut dokumen yang mempunyai tandatangan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada masa itu.

Seterusnya dokumen itu disambung dengan perintah Baginda supaya Anwar diberi pengampunan penuh dan dianggap sebagai seorang yang tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan serta diberi pembebasan serta merta.

Menurut Rafique, dokumen ini jelas menunjukkan Anwar membuat permohonan pengampunan sebelum ini, cumanya ia ditolak.

"Perdana menteri, sila betulkan fakta. Lembaga Pengampunan terletak di bawah Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan.

"Dalam apa jua keadaan, jelas menunjukkan anda sebanyak dua kali, pada 2015 dan 2017, cuba mendapatkan pengampunan tetapi tidak berjaya," kata Rafique.

Tambah beliau, rayuan pengampunan ini hanya melibatkan kes liwat kedua dan tidak termasuk kes salah guna kuasa ketika menjadi timbalan perdana menteri pada 1998.

"Itu masih kekal sebagai kesalahan yang mana hukuman telah dijalankan," katanya.

Di Dewan Rakyat hari ini, Anwar menjelaskan beliau tidak memohon pengampunan sebaliknya ia adalah insiatif daripada Sultan Muhammad V.

Katanya, Sultan Muhammad yang aktif mengikuti perkembangan perbicaraan kesnya  telah menelefon untuk memaklumkan sendiri bahawa beliau akan diberi pengampunan penuh.

"Saya tidak mohon pengampunan kerana saya dihukum, biar ini jelas dalam rekod.

"Kita bantah penghakiman yang melanggar prinsip hukum mengada-adakan kes.

"Yang mengambil inisiatif itu ialah Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu," kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin mencabar  Anwar mengambil tindakan terhadap media antarabangsa yang mengeluarkan laporan hingga boleh mencemarkan imej negara.

Beliau menggunakan contoh laporan media dari Itali Agenzia Nova yang menerbitkan artikel bertajuk "First Full-blown Homosexual Elected Prime Minister in an Islamic Country".



WOIT

PEMIMPIN

HOMOSEXUAL

INI BUKAN PEKARA

BARU

AMIN

DAH WUJUD

ZAMAN BERZAMAN

AMIN

ISKANDAR ZULKARNAIN

RAJA TERSOHOR

SEORANG

HOMOSEXSUAL

AMIN

ABU NAWAS

PEMIKIR PENYAIR

DARI BAGHDAD

SEORANG 

HOMOSEXUAL

AMIN

PM ICELAND

PM BELGIUM

PM LUXUMBOURG

SEMUA GAY

KHALAS

WOIT

PAK HAMZAH

APA YANG NAK 

HAIRAN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT duk dlm gua.zmn liberal nie dgn LGBT ideologi,mmg le xnak PM gay.kalu dia gay senyap2,zmn2 pop yeah yeah mungkin xpe,tp zmn kt US depa kerat kote budak pasei dia main dgn doll,atas alasan transgenderism.