Khamis, 22 Disember 2022

RASUAH SAMPAI KE LUBANG KUBUR


Terima rasuah urus jenazah, 3 kakitangan Hospital Kajang dipenjara sehari


TIGA pembantu perawatan kesihatan di Hospital Kajang dipenjara sehari dan denda masing-masing antara RM3,000 dan RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Sharum Hassim, 42, Muhd Azhar Nahar, 45, dan Mohd Nizam Noordin, 42, selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah bagi pertuduhan pilihan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,000 kepada Sharum manakala Azhar dan Nizam masing-masing didenda RM5,000.

Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga lelaki terbabit menjalani hukuman penjara tersebut bermula hari ini dan dipenjara enam bulan lagi sekiranya gagal membayar denda itu.


Mengikut pertuduhan pilihan, Sharum, Azhar dan Nizam yang merupakan pembantu perawatan kesihatan di Unit Forensik Hospital Kajang, masing-masing menerima wang berjumlah antara RM300 dan RM600 daripada Nur Azlan Azmi melalui akaun mereka tanpa sebarang balasan daripada Nur Azlan yang diketahui olehnya ada kaitan dengan tugas rasmi tertuduh iaitu bagi kerja-kerja pengurusan jenazah. – Bernama, 22 Disember, 2022.          

WOIT

INI MALAYSIA

KES RASUAH

DARI PERDANA

MENTERI HINGGA

KE LUBANG

KUBUR

KAH KAH KAH

BERAT BERAT

AMAT BERAT

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: