Isnin, 15 Ogos 2022

NAJIB ADA BUKTI BARU


Mahkamah benar Najib pinda permohonan kemuka bukti baharu


MAHKAMAH Persekutuan membenarkan permintaan Najib Razak untuk meminda permohonannya bagi mengemuka bukti baharu dalam perbicaraan kes SRC International, yang berkaitan dengan hakim mahkamah tinggi ketika itu Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Peguam bela utama bekas perdana menteri itu Hisyam Teh Poh Teik berhujah bukti berkaitan perbicaraan hakim Mohd Nazlan yang dikatakan mempunyai konflik kepentingan tidak disediakan kepada mereka semasa perbicaraan sebelum ini.

Dalam hujahnya Hisyam berkata sampul surat tanpa nama yang dihantar kepada Najib antara 9 Mei dan 7 Julai tidak disediakan atau tidak dibekalkan pada perbicaraan (SRC).

“Najib juga tidak menyedari mengenai kewujudan SRC dan pinjaman yang diberikan kepada PPB dan 1MDB semasa beliau (Nazlan) bekerja dengan Maybank.”


Hujahan itu dikemukakan oleh peguam Najib berdasarkan bukti baharu, sebagai sebahagian daripada usaha untuk membatalkan sabitannya yang mana beliau didapati bersalah atas semua tujuh pertuduhan jenayah kerana menerima dana RM42 juta daripada SRC International pada 28 Julai 2020.

Hisyam juga berkata, Najib sudah memenuhi tuntutan di bawah Seksyen 93 Akta Mahkamah Kehakiman.

“Bukti tambahan ini akan menentukan sama ada hakim bicara boleh menjadi saksi berpotensi dalam kes SRC dan hilang kelayakan untuk mempengerusikan perbicaraan.

“Responden (pendakwaan) tidak mempersoalkan kredibiliti bukti yang sedang dicari.

“Bukti baharu itu perlu supaya tidak berlaku ketidakadilan,” katanya.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan empat hakim lain mendengar permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes SRC International Sdn Bhd sekali gus memohon perbicaraan semula.

Panel itu termasuk Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, yang ditangguh sementara menunggu keputusan rayuannya. – 15 Ogos, 2022.


LEPAS INI APA?

KITA TUNGGU

 DAN KITA LIHAT

AMIN

KAHALAS

Tiada ulasan: