Isnin, 15 Ogos 2022

NAJIB JUAL KENTUT

Bukti baharu dalam kes Najib hanya khabar angin, kata pendakwaan

MAHKAMAH Persekutuan hari ini diberitahu bahawa usaha pembelaan Najib Razak untuk menyerahkan bukti baharu dalam kes SRC International bernilai RM42 juta adalah berdasarkan apa yang didakwa oleh individu tertentu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Timbalan Pendakwa Raya V. Sithambaram berkata kandungan afidavit bekas perdana menteri itu adalah khabar angin dan mahkamah persekutuan harus menolaknya.

“Tiada apa-apa untuk mahkamah bertindak. Ini khabar angin daripada pihak pembelaan, dan sebenarnya tiada bukti baharu.

“Beliau (Najib) bergantung kepada kenyataan tiga pegawai SPRM dan dua pegawai Maybank yang memberitahu mahkamah dalam perbicaraan SRC untuk menyokong permohonan itu,” katanya.

Sithambaram berkata bahawa afidavit tersebut menunjukkan saksi ini tidak memberitahu secara peribadi kepada bekas perdana menteri itu apa yang sepatutnya diberitahu kepada SPRM.

“Kenyataan saksi-saksi itu adalah khabar angin. Mereka tidak memberitahu perayu.

“Permohonan itu bukan bidaan bukti baharu tetapi merupakan penyamaran untuk memancing keterangan dalam dakwaan konflik kepentingan di pihak hakim perbicaraan Nazlan,” katanya. – 15 Ogos, 2022.

WOIT

NAJIB JUAL

KENTUT

OPPS....

SILAP JUAL

KHABAR ANGIN

KAH KAH KAH

KHABAR ANGIN

TAK BUSUK

KAH KAH KAH

APA AKAN JADI?

SAMBUNG KE TAK?

JENG JENG JENG

AMIN

1 ulasan:

Unknown berkata...

Datuk Seri Tn. Hj. Najib kan pernah masuk dalam Kaabah.. Mustahil beliau berbohong dan bersalah.