Rabu, 30 November 2022

BUAT LAPORAN LENGKAP



PAS salah guna bantuan tunai untuk raih undi, kata Umno Terengganu

UMNO Terengganu menggesa agensi antirasuah menyiasat PAS atas dakwaan salah guna dana kerajaan negeri bagi mendapat sokongan pengundi dalam PRU15.

Ketua pergerakan itu Ahmad Said mendakwa, dana yang disalahguna itu melibatkan tiga skim bantuan tunai kepada rakyat Terengganu – I-Belia, Dana Ibu Tunggal dan Pencen Rakyat.

“Ia diagihkan secara terbuka malah ada dibuat di markas-markas PAS sepanjang tempoh kempen dari 5 hingga 18 November lalu.

“Pemberian dana ini adalah tindakan merasuah membeli undi pengundi untuk menyokong mereka dan ia jelas merupakan kesalahan yang wajar disiasat,” kata bekas menteri besar itu.

Ahmad berkata Umno Terengganu sudahpun membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi semalam berhubung dakwaan tersebut.

Tambahnya, SPRM juga perlu menyiasat sumber dana besar yang digunakan PAS dan gabungan parti itu, PN dalam PRU15.

Katanya lagi, dana berkenaan menunjukkan PAS tidak mendapat sokongan sebenar pengundi muda kerana ia hasil dari rasuah memberi wang untuk mendapatkan undi.

“PN dan PAS tak payah bangga orang muda sokong mereka. Mereka tak pernah fikir masa depan, agama bangsa tanah air asalkan mereka dapat duit,” katanya.

Ahmad juga kesal kerana SPRM masih belum menyiasat perkara itu sedangkan bukti sudahpun dikemukakan.

“... Dah ada bukti gambar, video di media sosial tak nak siasat juga,” katanya dalam sidang media selepas sidang DUN di Wisma Negeri, Kuala Terengganu hari ini.

Kerajaan negeri membuka pendaftaran i-Belia yang juga dinamakan i-Perantau pada 16 September lepas dengan peruntukan lebih RM20 Juta.

Penerima skim Dana Ibu Tunggal bagi bayaran RM150 pula mula didaftarkan 24 Ogos hingga 3 September manakala bayaran RM300 kepada penerima Pencen Rakyat bermula 16 September.

Aduan ke SPRM itu menyusuli pendedahannya minggu lalu bahawa PN membelanjakan sejumlah dana yang berlebihan di negeri itu dalam PRU15.

Isu sama dibangkitkan Pengerusi PH Anwar Ibrahim yang mendakwa PN menjadi gabungan politik paling kaya kerana menerima projek bernilai berbilion ringgit semasa pandemik Covid-19.

Dalam PRU15, PN menang 44 dari kesemua 73 kerusi PN termasuk melalui calon dengan keahlian terus, Shahidan Kassim yang menang kerusi Arau.

Di peringkat DUN, PAS menang 14 kerusi di Perlis, 26 kerusi di Perak, 17 kerusi di Pahang.

PAS juga menyapu bersih semua lapan kerusi Parlimen di Terengganu dan 14 di Kelantan buat pertama kali dalam sejarah.

Ia berjaya menewaskan semua pencabar, termasuk Ahmad di Kemaman, dan wakil rakyat PAS Khairuddin Aman Razali di Kuala Nerus yang bertanding di bawah tiket BN. – 30 November, 2022.

WOIT

MENGGESA SAJE

TAK GUNA

AMIN

BUAT LAPORAN

LENGKAP DGN

BAHAN BUKTI

AMIN

KALAU TIDAK

SEMUA DIANGGAP

KHABAR ANGIN

DARI PARTI

YANG KALAH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: