Rabu, 30 November 2022

EJEN ZIONIS ISRAEL

 



Polis siasat ahli Parlimen PAS dakwa Anwar ejen Israel

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung tuduhan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Baling Ustaz Hassan Saad, terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkata, beberapa laporan polis diterima terhadap dakwaan ahli Parlimen itu.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 dan 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata Bukit Aman.

Seksyen 504 Kanun Keseksaan adalah kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan manakala Seksyen 500 memperuntukkan hukuman bagi fitnah – yang boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengenai penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun, dan denda lanjut RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Semalam, seorang penyokong Pakatan Harapan berkongsi rakaman audio seorang wanita, yang bercakap dalam dialek Kedah, mengulas pelantikan Anwar sebagai perdana menteri pada Khamis.

Penyokong itu mendakwa PAS telah memfitnah Anwar dengan menuduhnya menggunakan pengaruh Israel untuk memberi tekanan untuk mempercepatkan pelantikannya sebagai perdana menteri baharu.

Dalam audio itu, wanita yang tidak dikenali itu mendakwa Hassan memberitahunya bahawa Anwar bersekongkol dengan Israel.

Wanita itu mendakwa Hassan memberitahunya PAS memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu.

Sebelum ini dilaporkan polis telah menyiasat Presiden PAS Abdul Hadi Awang atas dakwaan itu, tetapi Bukit Aman kemudian mengesahkan ia sedang menyoal siasat Hassan. – 29 November 2022.

PAK LEBAI

TUDUH ANWAR

EJEN ISRAEL

KAH KAH KAH

ISU INI AKAN

JADI PANJANG

KAH KAH KAH

MANANAH JADI

BARAH

KHALAS

Tiada ulasan: