Rabu, 11 Januari 2023

GERAKAN TOLAK ZAHID


Saya tak terlibat dalam gerakan jatuhkan presiden parti – Masliha


KUALA LUMPUR – Saya tidak terlibat dengan mana-mana gerakan untuk menjatuhkan presiden parti, kata Exco Pergerakan Puteri UMNO, Dr Masliha Harun.

Beliau mengulas mengenai mengenai penularan #RESETUMNO yang dikaitkan dengan pihak yang mahu menjadi pencabar kepada kepimpinan UMNO sedia ada.

Beliau berkata, perkara itu mungkin dilakukan pihak-pihak tertentu namun tidak mengetahui puncanya.

“Saya agak terkejut wajah saya ada dalam poster tersebut. Walaupun ia selari dengan hasrat saya bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO nanti tetapi tidaklah sampai ada gerakan seperti ini,” katanya  hari ini.

Lagi pun, untuk bertanding, beliau sudah berbincang terlebih dahulu dengan Ketua Pergerakan Puteri UMNO,  Zahida Zarik Khan.

“Beliau (Zahida) merestui hasrat saya dan akan membawa saya bertemu presiden parti,  Ahmad Zahid Hamidi pada minggu depan.

“Saya tidak ada kena mengena dengan sebarang agenda menjatuhkan presiden,” tegasnya.

JENG JENG JENG

BILA  DINAFI

ERTINYA ADA

KAH KAH KAH

ADA GERAKAN

NAK TERAJANG

ZAHID

KAH KAH KAH

GERAKAN INI

DAH WUJUD

TAPI BELUM

BERKEMBANG

KAH KAH KAH

SAPA KEPALA?

SAPA NAK GANTI

ZAHID ?

JENG JENG JENG

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah.. sebelum PRU majlis professor ada sain memo menyokong Anwar jd PM tp sehari selepas itu ada 2 orang professor kata dia tak terlibat ngan memo tu. Susah jugak nak teka pilihan mana yg menguntungkan tersilap pilih sendiri juga susah. Sumer orang nak berada dikem yg menang tp kemenangan tu mcm tikam magnum 4D.