Jumaat, 13 Januari 2023

TINDAKAN TEPAT DAN BAIK DARI ZAHID


Zahid beri bayangan wakil rakyat belakangkan keputusan Umno diambil tindakan


PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan parti akan mengambil tindakan terhadap wakil rakyatnya yang membelakangkan keputusan parti, merujuk kepada perbezaan pandangan dalam kalangan Umno semasa pembentukan kerajaan selepas pilihan raya umum yang lepas.

Semasa menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2022 hari ini, Zahid membayangkan tindakan itu akan diambil dalam masa terdekat.

“Tunggu… InsyaAllah tidak lama, atas persetujuan perwakilan beri mandat kepada lembaga disiplin dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT)... tak lama lagi,” katanya.

Ucapan beliau ini dibuat spontan dan tidak terkandung dalam teks yang disediakan kepada media.

Zahid berkata demikian sebagai respons selepas perwakilan melaungkan “buang sajalah” ketika beliau menerangkan apa yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-15 berkaitan 10 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Antara 10 wakil rakyat itu termasuk enam daripada Umno, termasuk Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein dan Ahli Parlimen Simpang Renggam Hasni Mohamad.

“Kenapa panggil kami pengkhianat?”

Hishammuddin yang juga bendahari BN dalam reaksi segera selepas ucapan presiden berkata beliau tidak jelas kenapa mereka digelar pengkhianat.

“Sehingga hari ini saya tak tahu apa sebabnya kita dituduh sebagai pengkhianat.

“Saya cukup yakin apa yang telah berlaku, tidak ada benda yang patut kita apologetik sehingga dituduh mengkhianati perjuangan parti.

“Kalau mereka nak ambil tindakan, ambillah tak ada benda yang saya perlu bimbang,” katanya kepada wartawan.

Ucapan Zahid mengulangi apa yang disebutnya semasa taklimat presiden secara tertutup dua hari sebelum ini, pada Rabu.

Beliau menjelaskan alasan BN menolak untuk membentuk kerajaan dengan PN selepas gabungan itu menolak titah usulan Yang di-Pertuan Agong supaya dibentuk kerajaan perpaduan.

PN juga pada masa itu “mencuri” wakil rakyat BN apabila mendapatkan akuan bersumpah daripada 10 ahli Parlimen BN, tanpa merujuk kepada parti.

“Belum pun subuh, pengkhianatan dibuat terhadap parti kita.

“Lebih menyedihkan, ia diatur oleh orang kita sendiri, sedangkan seperti yang saya sebutkan tadi, kita telah ada dokumen perjanjian dan akuan bersumpah serta akujanji,” katanya.

Zahid menegaskan kerusi yang dimenangi oleh 10 ahli Parlimen BN itu bukan milik mereka tetapi milik parti.

“Kerusi yang dimenangi bukan hak peribadi, kerusi itu hak mutlak parti,” katanya.

Mengenai dakwaan Umno kononnya melanggar keputusan sendiri itu tidak bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP, Zahid mempersoalkan hujah itu yang baginya berpilih-pilih.

Atas sebab itu juga, jelas Zahid, BN memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) disertai parti lain di Sabah dan Sarawak.

“Kelompok yang bersuara ini tidak pula menyebut perhimpunan agung Umno juga membuat keputusan dan ketetapan ‘No Bersatu’‘... mereka sengaja melupakan ‘No Bersatu’,” katanya.

Dalam ucapan seterusnya, Zahid berkata beliau tidak dapat melupakan tindakan 10 ahli Parlimen tersebut walaupun sudah memaafkan mereka.

“Kini 10 orang yang sokong PN itu telah bersama kita, ahli Parlimen daripada Umno dan BN itu bersama kita kembali.

“Hakikatnya mereka bersama kita… biduk lalu kiambang bertaut, saya maafkan tetapi sukar melupakan,” kata Zahid.

Zahid sebelum ini mendedahkan nama 10 ahli Parlimen itu semasa taklimat presiden dua hari lepas.

Empat lagi ahli Parlimen Umno yang dikatakan terlibat ialah (Jelebu); Mohd Islam Mohd Isa (Tampin); Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah); Abd Rahman Mohamad (Lipis).

Baki empat lagi ialah dari ketiga-tiga komponen BN iaitu Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) dari MCA; M Saravanan (Tapah) dari MIC dan Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) dari PBRS. – 13 Januari, 2023.

SYABAS !!!

INI LANGKAH

TEPAT BETUL

AMIN

JANGAN BIARKAN

MEREKA BERNANAH

AMIN

DAH BERANI

LAWAN TOWKAY

KAH KAH KAH

KEPALANYA

LIDAH KONTOT

& MENANTU ABAH

WAJIB DIBUANG

DARI PARTI

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

Amier The Hero berkata...

TT ni love besar ke love kecik dgn zahid hamidi ni eh? Dok sokong sgt dia dah napo.. beghapo juta TT dapek? Den tak tau la TT, tapi den mmg tak buleh tgk muko zahid ni.. ghaso menyampah. Muko zahid ni ado aura negatif.. muko org² kayo yg samseng pun ado gak. Lagi² dio pesiden umngok.. lagi den meluat. Kalah pru.. muko tak malu gak lagi, totap pertahan nak jd pesiden. Lawak la.. lagi lawak bilo TT love besar kat zahid. Kah kah kah kah kah ..

Tanpa Nama berkata...

tok mat cakap united malay kalah sebab perang konet.. konet apa benda entah gua tak paham bahasa negeri sembilan tt.. lu boleh terangkan

Tanpa Nama berkata...

Wow dulu bukan main ego, bawa keluar keris, kata parti komponen lain nyamuk, tikus tak perlu pengundi bukan Melayu, jangan lupa sejarah, ini lah akibat ego keterlaluan alpha dahulu kala, sekelip mata semuanya kecundang, lupa persefahaman sesama manusia, lupa diri, ingat brother besar akhirnya kecundang, lihat parti ini sekarang, siapa punca ? Salah siapa? Adakah pemimpin sahaja? Atau setiap ahli yang biarkan rasuah salah guna jawatan pangkat pingat sejak berzaman? Tepuk dada tanya hati, kah kah kah United tak lagi United, parti berpecah sejak lama, satu persatu cabang keluar buat khemah sendiri, tapi asal usul ialah rasuah, salah guna kuasa, semua parti yang keluar berasal dari sel rasuah, bila ada jawatan perkara pertama cari projek, cari komisen kah kah padan muka, bila kanser rasuah dah masuk badan otak hati susah nak ubat, susah nak selamat, tunggu kain kapan saja, orang ramai tak percayalah kah kah kah tapi sayang sejak merdeka sehingga 2008, pembinaan negara paksi negara atas amalan United gerombolan ini, jangan lupa manusia, sekerdil mana pun kami jangan ingat engkau macam Tuhan Ra kah kah kah