Sabtu, 11 Februari 2023

SATU LAGI BEKAS PM AKAN MASUK PENJARA


Anwar minta Muhyiddin tunggu siasatan kes menantu

MUHYIDDIN Yassin tidak seharusnya tergesa-gesa menyatakan siasatan berhubung dakwaan terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada syarikat dikaitkan dengan menantunya semasa mentadbir kerajaan, bersifat jahat.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Muhyiddin tidak perlu menggembar-gemburkan perkara itu sekiranya dakwaan berkenaan tidak benar dan sebaliknya perlu menunggu laporan siasatan oleh pihak berkuasa.

Beliau bagaimanapun berkata perkara seperti itu perlu dijadikan peringatan kepada mana-mana menteri untuk tidak menggunakan kedudukan demi kepentingan peribadi. 

“Tujuan kita (menjalankan siasatan) adalah hendak hentikan sesiapa saja (sama ada) Perdana Menteri, Menteri Kewangan atau mana-mana menteri selepas ini, jangan anggap itu tempat untuk dia kayakan anak menantu dia. 


“Jahat tak jahat tunggu laporan…sejauh mana dia (Muhyiddin) terlibat saya tidak tahu dan siasatan sedang dilakukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival MyFutureJobs 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Anwar berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhyiddin yang menafikan beliau terbabit dalam pemberian kontrak NIISe kepada IRIS Corporation Berhad yang dikaitkan dengan menantunya.

Dalam satu kenyataan, bekas Perdana Menteri itu yang merujuk laporan sebuah portal bertarikh 8 Feb, menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai fitnah yang sengaja direka untuk mencalar maruahnya dan keluarga.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menegaskan, tiada mana-mana ahli keluarganya mempunyai kepentingan dalam IRIS Corporation Berhad, sama ada sebagai pengarah syarikat atau pemegang saham.

Sementara itu, mengenai dakwaan berlakunya perolehan vaksin Covid-19 tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC) semasa pentadbiran PN, Anwar berkata ia adalah berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata butiran itu kemudian dibentangkan kepada Kabinet sebagai makluman dan ia telah diserahkan kepada badan siasatan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.

“Itu serah pada badan penyiasat, SPRM dan lain-lain, bukan urusan saya lagi. Yang saya katakan itu hanya kenyataan disediakan oleh KKM dan Kabinet mengambil perhatian. Kemudian badan-badan siasatan harus siasat sama ada benar atau tidak dan sebagainya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penafian bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang mengatakan perolehan vaksin tersebut telah dibentangkan kepada Kabinet.

Berhubung kritikan terhadap pelantikan Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Anwar berkata perkara itu tidak wajar kerana pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu dilakukan setahun lepas oleh kerajaan sebelum ini.

Beliau berkata pelantikan itu memakan masa enam bulan untuk Amerika Syarikat mengesahkannya dan pentadbirannya terpaksa meneruskan bagi mengelak timbul masalah jika dibatalkan.

“Jadi, sepatutnya orang nak tegur boleh. Tetapi ambil maklum dahulu. Tanya dahulu. Jangan hukum. Tapi sekarang dia (kritikan) keras (marah) seolah-olah kita bertanggungjawab,” katanya.  – Bernama, 11 Februari, 2023.

INI MENARIK

INI TERBAIK

AMIN

SATU LAGI

BEKAS PM

AKAN MASUK

PENJARA

AMIN

JADIKAN INI

TRADISI

AMIN

JATUHKAN 

KERAJAAN DAN

KOREK KES LAMA

KAH KAH KAH

KITA ULANG 

BERKALI KALI

HINGGA NEGARA

BERSIH DARI

RASUAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: