Jumaat, 31 Mac 2023

PENCURI TIDAK KEBAL - KEHAKIMAN BEBAS



Keputusan kes Najib bukti tiada siapa kebal undang-undang, kata Sithambaram


KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak untuk menyemak penolakan rayuan terakhirnya sebelum ini menunjukkan tiada sesiapa kebal undang-undang, kata pendakwa raya V Sithambaram.

Beliau berkata keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini sepatutnya memberi mesej kepada semua bakal pesalah tidak akan ada jalan keluar dan mereka akan dihukum mengikut undang-undang suatu hari nanti.

“Jabatan Peguam Negara dapat memastikan kedaulatan undang-undang diguna pakai dalam kes ini.

“Mesej terbesar penganiayaan SRC kepada ahli politik atau pesalah lain yang berkemungkinan adalah pendakwaan ini menunjukkan tiada sesiapa di negara ini kebal undang-undang.

“Dan saya ingin menegaskan pendakwaan yang berjaya ini mesti menghantar mesej yang menyedihkan kepada semua bakal pesalah bahawa undang-undang akan mengejar anda dan menghukum mereka yang bersalah,” kata Sithambaram kepada pemberita pada sidang akhbar hari ini.

Awal hari ini Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman serta denda kerana rasuah dengan majoriti 4-1.

Hakim Vernon Ong berkata tidak berlaku kegagalan dalam proses keadilan ketika pendengaran prosiding rayuan akhir kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC International berjumlah RM42 juta oleh panel hakim Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lalu. – 31 Mac, 2023.

AWAS !!!

MEMANG BETUL

BADAN KEHAKIMAN

BEBAS

AMIN

TAPI AWAS

ADA JALUR

NAK LEPASKAN

NAJIB ROSMAH

DAN ZAHID

AMIN

JALUR INI SDG

KERJA KERAS

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perkara melepaskan diri ni adalah biasa walaupun siapa pun jd PM. najib dah keluarga pasti berusaha utk melepaskan diri. mcm lu la bro, lu kena ISA, lu mesti nak lawan.lu ada gunakan segala tool utk melepaskan diri termasuk jual agama tuhan dan muhammad.kat arab byk spesis ni.di saudi setiap warga saudi itu tetap betul walaupun bersalah dan org2 luar itu tetap bersalah walaupun betul.ramai rakyat kelantan tganu sambung degree di middle east.bila balik dari saudi, mrk pun bwk perangai arab.lu tak caya, lu tgk sikap teknokrat2 dlm PAS, mrk saja yg betul bila berfitnah, mrk saja yg layak beli mercedes, mrk saja yg layak mempergunakan agama waima raja/sultan pun disanggah.haji hadi gagal menukar perlembagaan kafir british kpd perlembagaan islam sb dlm dunia ni tiada pelembagaan islam yg betul2 islam.takkan lu angkat saudi sbg mengamalkan perlembagaan islam walhal haji hadi diharamkan memasuki mekah dan madinah.