Jumaat, 31 Mac 2023

LA HABAU MELAKA !



Tiada yang mendesak letak jawatan, hanya hati saya, kata Sulaiman

SULAIMAN Md Ali menegaskan beliau tidak menerima desakan daripada mana-mana pihak untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

“Yang ada ialah desakan hati saya ini… desakan naluri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan Parlimen Masjid Tanah, di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi di Alor Gajah hari ini.

Beliau juga mengulangi tiada sebarang perjanjian atau tawaran lantikan senator dalam Kabinet kerajaan Persekutuan dan menjelaskan faktor pengunduran dirinya disebabkan isu kesihatan.

“Saya tidak mahu dah. Saya nak jaga Dewan Undangan Negeri (DUN) saya (DUN Lendu) dan nak hidup secara normal saya semula. Malah saya pernah cakap, saya ni sepenggal (untuk jadi Ketua Menteri) cukuplah,” katanya.

Dalam pada itu beliau juga berharap semua pihak menyokong sesiapa sahaja yang dilantik selepas ini, memandangkan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Ab Rauf Yusoh dicadangkan oleh parti itu sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Sementara itu Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Zaidi Johari dipetik sebagai berkata Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia, akan dilangsungkan  di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam pada pukul 3 petang esok. – Bernama, 30 Mac, 2023.

LA HABAU

MELAKA

KAH KAH KAH

RUPANYA ADA

POLITIKUS TAK

GILA KUASA

KAH KAH KAH

KALAU LU TAK

CAYA CAKAP

SULAIMAN

LU GI TANYA

ZAHID

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: