Isnin, 3 April 2023

AGENDA RASUAH DALAM PRN




Kes rasuah tak jejas peluang rampas 2 negeri, kata pemimpin Perikatan


PERIKATAN Nasional (PN) tetap yakin dapat merampas Selangor dan Negeri Sembilan walaupun penganalisis melihat kempen itu sukar dengan melihat perkembangan yang berlaku waktu ini.

Pemimpin PN percaya gelombang sokongan pengundi Melayu masih kekal seperti sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walau penganalisis memberi amaran realiti waktu ini berbeza.

Penganalisis pula memberitahu The Malaysian Insight kempen pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung itu sukar kerana pemimpin utama gabungan itu kini berdepan kes mahkamah.

Ini termasuk kes rasuah dihadapi Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, bekas ketua penerangan Wan Saiful Wan Jan serta petisyen pilihan raya ke atas Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Keyakinan pemimpin parti ini pula masih bersandarkan keputusan yang menyaksikan kejayaan gabungan itu merampas beberapa kerusi tradisi BN dan PH di beberapa kawasan majoriti Melayu.

Seorang pemimpin PN Negeri Sembilan Khairul Yazman Yahya antara lain menyebut kejayaan merampas 35% hingga 45% pengundi ke kem mereka walau tiada kerusi Parlimen dimenangi.

Ketua penerangan PN negeri itu menjangka ia akan meningkat kerana pengundi dapat melihat hipokrasi BN dan PH yang sanggup menggadaikan prinsip untuk bekerjasama.

“Itu momentum sebelum penyatuan BN dan PH. Saya rasakan sokongan akan meningkat dengan apa yang berlaku di peringkat pusat. Peningkatan undi akan terus menerus berlaku kepada PN.”

Sasar kawasan diyakini menang

PN Negeri Sembilan mensasarkan untuk menang majoriti mudah 19 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Ia antara kira-kira 21 kerusi yang mempunyai lebih 60% pengundi Melayu.

PH menguasai 20 kerusi negeri tersebut pada masa ini manakala BN memegang baki 16 kerusi yang dimenangi dalam PRU14.

Dalam pilihan raya November lalu, BN memenangi lima kerusi Parlimen di negeri itu manaka tiga kerusi dimenangi PH.

PN bagaimanapun menunjukkan prestasi lebih baik di Selangor dengan menawan kerusi Parlimen luar bandar Sungai Besar, Sabak Bernam, Tanjung Karang, Hulu Selangor, Kapar dan Kuala Langat.

Khairul Yazman berkata PN kini mensasarkan untuk kembali melaksanakan jelajah ke seluruh Negeri Sembilan sebaik sahaja selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sasaran seterusnya adalah 19 kerusi DUN yang PN yakin boleh menang pada PRN nanti seperti di kawasan Gemas dan Bagan Pinang.

“Lepas raya kita akan mula jelajah semula seluruh negeri Sembilan. Kita pilih kawasan yang kita belum masuk, daripada 19 DUN sasaran.

“Program akan diteruskan sampai hari mengundi, tidak akan berhenti,” katanya.

Program jelajah itu siri kedua Semarak Gelombang Rakyat yang digerakkan PN buat pertama kali pada Januari dan tamat pada Mac lalu.

“Kita tumpu kawasan lebih 50% pengundi Melayu,” kata Khairul Yazman.

Mengulas kesan kes mahkamah dihadapi pemimpin mereka dalam PRN kelak, beliau percaya ia hanya akan memberi impak yang kecil kepada sokongan gelombang hijau.

Malah beliau yakin ia bakal menjadi memberikan kesan positif dari segi sokongan rakyat yang melihatnya sebagai tindakan politik dendam pentadbiran kerajaan gabungan PH dan BN hari ini.

“Tidak nampak kesan (pertuduhan Muhyiddin) rakyat melihat, daripada kajian kita rakyat lihat ini politik dendam.

“Kita rasa walaupun sedikit sebanyak memberi kesan tapi tak beri kesan secara total,” tambahnya.

Enam negeri dijangka mengadakan pilihan raya negeri tidak lama lagi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 April, 2023.
Enam negeri dijangka mengadakan pilihan raya negeri tidak lama lagi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 April, 2023.
Tolak status quo

Di kem kerajaan perpaduan pula, pemimpin BN masih berharap agar rundingan yang berlangsung dengan PH berlangsung dalam suasana lebih adil dan menguntungkan mereka.

Pemimpin BN Selangor Johan Abdul Aziz memberi contoh, rundingan di negeri itu tidak harus mengetepikan mereka walau parti itu kini hanya menguasai lima daripada 56 kerusi DUN.

Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu mengulas andaian setiap parti hanya akan bertanding untuk mengekalkan kerusi negeri yang dimenangi dalam PRU14.

Rundingan tersebut kini menguji kerjasama BN dengan PH buat pertama kali dalam PRN yang dijangka berlangsung selewat-lewatnya Jun tahun ini.

Johan mahu agihan itu mencerminkan komitmen PH sewaktu bekerjasama dengan Bersatu dan PAS yang kini menjadi lawan gabungan tersebut.

“Kalau lima kerusi sahaja nak bagi BN saya tak setuju. Kaji balik kerusi PH bersama Bersatu, PAS. Kita rundingkan, hormatlah sikit.

“Andai kata rundingan tentukan ikut status quo – kalau lima bagi BN maka tak sesuai perundingan macam itu,” kata Johan.

Ketua Umno Bahagian Hulu Langat itu berkata, rundingan dengan PH yang menguasai 40 kerusi DUN seharusnya berlangsung dalam suasana lebih adil.

Malah beliau mengingatkan, sebagai antara salah satu daripada tiga gabungan besar, BN sepatutnya boleh membuat tuntutan kerusi.

Beliau juga memberi amaran, Umno tidak hanya mampu bergabung dengan PH tetapi berupaya membentuk kerjasama dengan mana-mana parti untuk membentuk blok yang kuat.

“Kerusi ada 56. (Jika) gabung parti daripada tiga parti kuat, BN, PH, PN – mana kita pergi gabungan itu jadi kuat.

“Bukanlah kata kita ini menjadi penentu. Tapi kalau (satu parti) Ini gabung sini dah tentu boleh main (gabungan) satu lagi. Jadi jangan rasa nak buat arahan terus status quo,” katanya.

“Prinsipnya, masing-masing belum pernah kerjasama (antara BN dan PH), kalau awal-awal dah tetapkan status quo lima kerusi saya tak setuju,” tegasnya.

Dalam PRU15, BN gagal memenangi sebagai kerusi Parlimen di Selangor dan kebanyakan kerusi mereka di utara negeri itu ditawan PN dalam fenomena disebut gelombang hijau.

Penganalisis seperti Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia mengakui kewujudan gelombang hijau yang mengubah landskap sokongan pengundi Melayu kepada PN dalam PRU15.

“Kalau dilihat PRU15 lalu jelas gelombang hijau ada di kawasan Melayu PAS dan Bersatu mendapat undian terbanyak kalangan pengundi Melayu membolehkan menang banyak kerusi.”

Pengundi celik politik

Namun beliau mengingatkan, pendakwaan pemimpin PN seperti Muhyiddin dan Wan Saiful bakal menyekat gelombang itu.

“Selama beberapa bulan ini kita lihat ada satu trend pemimpin PN mula dikaitkan dengan beberapa kes rasuah. Mereka dibawa ke mahkamah, antaranya Muhyiddin dan Wan Saiful.

“Jadi saya tak nampak Selangor dan Negeri Sembilan boleh ditakluk PN kerana kesan isu rasuah beri impak cukup besar kalau kita lihat sejak 10 tahun yang lalu.

“Saya fikir kes mahkamah dihadapi pemimpin Bersatu itu akan membawa keadaan di mana gelombang hijau yang wujud pada PRU15 mungkin tiada lagi gelombang ini, (pada PRN nanti).”

Sejarah menunjukkan isu rasuah berupaya menyingkirkan penguasaan Umno yang mengalami penurunan sokongan berterusan sejak PRU 2013.

Di samping itu, pengundi di Selangor dan Negeri Sembilan pula terdiri daripada golongan yang celik politik.

“Rasuah ini beri kesan kepada prestasi Umno, perkara sama akan berlaku kepada Bersatu kerana nanti akan ada perbicaraan dan akan berlaku banyak pendedahan.

“Saya fikir susah PN menawan Selangor dan Negeri Sembilan kerana ini kubu PH, majoriti penduduknya celik politik dan mereka memberi respon yang amat tinggi perkara berkaitan rasuah,” kata Mazlan lagi. – 3 April, 2023.

WOIT

PN DAH SILAP

BERI TAHU AWAL

KAH KAH KAH

KINI SELANGOR

P. PINANG MULA

BERSEDIA

AMIN

KALAU CAKAP

RASUAH BUKAN

MENYENGAT

ERTINYA 

RASUAHLAH

YANG PN TAKUTI

AMIN

JADIKAN KES

MUHYIDIN MACAM

KES 1MDB NAJIB

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: