Selasa, 17 Oktober 2023

HUTANG NEGARA DAH CECAH 1.5 TRILION RINGGIT



Bon, pinjaman bantu biayai Belanjawan 2024, kata pakar


TERDAPAT cara dan kaedah bagi kerajaan membiayai Belanjawan 2024 berjumlah RM393 bilion, yang merupakan peruntukan terbesar yang pernah ada, kata pakar ekonomi.

Bagi mengatasi sekiranya peruntukan melampaui kemampuan kewangan negara, mereka berkata Putrajaya akan mengeluarkan bon atau kertas perbendaharaan yang akan dijual kepada syarikat atau institusi di bawah kawalan kerajaan untuk mengumpul dana.

Mereka berkata kerajaan juga boleh mendapatkan pinjaman daripada institusi pelaburan domestik seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perbadanan Nasional Bhd (PNB).

“Persoalan yang ditimbulkan ialah, dari mana Putrajaya akan mendapat wang untuk membiayai peningkatan pemberian kerajaan di bawah Belanjawan 2024,” kata Prof Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak.

“Ia akan datang daripada pinjaman daripada entiti seperti KWSP, PNB mahupun Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

“Kerajaan juga akan mengeluarkan bon atau kertas perbendaharaan yang akan dijual kepada institusi dikawal kerajaan.”

Beliau berkata belanjawan yang meningkat itu tidak akan mengurangkan hutang, yang berjumlah RM1.5 trilion, tetapi mengekalkannya pada tahap “dibenarkan”, iaitu 65% daripada KDNK negara.

Semasa pengumuman belanjawan pada Jumaat, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memperuntukkan RM393.8 bilion, dengan RM303.8 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

Peruntukan itu mengandungi dasar bersepadu seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 selaras dengan rangka kerja Ekonomi Madani.

Bagi mengembangkan pendapatan, beberapa pembaharuan percukaian akan dilaksanakan, termasuk menaikkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (tidak termasuk makanan dan minuman serta telekomunikasi) kepada 8% berbanding 6% sebelum ini.

Belanjawan itu juga menyaksikan bantuan kewangan tambahan, daripada bayaran Rahmah kepada bayaran khas untuk pelbagai kumpulan.

Barjoyai berkata belanjawan itu berhasrat untuk memenuhi keperluan golongan B40.

“Golongan berpendapatan sederhana tidak menerima sebarang insentif kerana kerajaan berasa mereka tidak memerlukannya,” katanya.

“Saya fikir ia boleh mencapai matlamat jangka pendeknya dan menyediakan bantuan kewangan kepada penjawat awam, pesara dan golongan miskin melalui ‘Bantuan Khas’.”

Tiada projek mega

Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra Business School Ahmed Razman Abdul Latiff berkata kerajaan mampu menambah peruntukannya kerana tidak lagi mempunyai komitmen untuk menyiapkan projek mega.

Beliau berkata kebanyakan projek diumumkan Anwar adalah kerja-kerja pembaikan infrastruktur melibatkan sekolah dan hospital.

“Kerajaan juga memperkenalkan beberapa bentuk percukaian seperti cukai barangan mewah dan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan. Semua ini akan menyumbang kepada peningkatan insentif,” katanya.

Anwar mengumumkan gaji dan skim elaun penjawat awam akan disemak pada akhir tahun depan, dan buat sementara waktu, penjawat awam, termasuk lantikan kontrak, akan menerima RM2,000 setiap seorang.

Skim gaji dan elaun penjawat awam kali terakhir disemak pada 2012.

Anwar juga mengumumkan insentif RM1,000 untuk semua pesara kerajaan.

Kerajaan juga memperuntukkan RM500 juta untuk menambah baik kadar penyertaan Inisiatif Pendapatan Rakyat.

Kira-kira 700,000 penerima bantuan tunai Rahmah akan layak untuk inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (Sara). Mereka akan menerima RM100 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Melalui Sara, penerima hanya perlu menunjukkan MyKad mereka apabila membeli barangan tertentu di kedai runcit. – 17 Oktober, 2023.


WOIT

HUTANG NEGARA

DAH MENINGKAT

KE 1.5 TRILION

AMIN

AWAS !!!

1.5 TRILION RINGGIT

BUKAN 

1.5 BILION RINGGIT

KAH AH KAH

PELIK TETAPI BENAR

UNTUK

 PEMBANGUNAN

HANYA 90 BILION

AMIN

UNTUK PENGURUSAN

393.8 BILION RINGGIT

AMIN

MAHAL RANTAI

DARI BEROK

KAH KAH KAH

MANA NAK CEKAU

DUIT INI ?

AMIN

BERHUTANG

BERGADAI

BERGOLOK

AMIN

SEKARANG BARU 

KITA TAHU KENAPA

NILAI RINGGIT 

MELESET MURAH

KHALAS

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Berhutang trilion-trilion ada lah taktik politik terkini .. tujuannya ontok potong stim pada mana hamlau yg nak jadi PM .. dan sambil itu ngisi tombolok sindiri ontok kaya 7 keturunang ..

Tanpa Nama berkata...

Woit TT. Lu jangan lupa... Hutang Amarika lagi banyak dia punya trillion. Dollar totap mahai... Duit malaysia murah takdak kona mengona dgn hutang. Tapi malaysia takdak produk nak juai kat orang luar... Ada pun sawit... Ada pun petroleum... Boras, iphone, nokia,samsung semua kona boli dari luar takdak satu pun ciptaan anok bangso untuk dijual dipwringkat donia... Anak bangso hanya tau politaik, rasuah, tipu klaim, jadi ustaz ajo... Mau tak nyer duit kito muroh...