Selasa, 17 Oktober 2023

YB TANJUNG KARANG BERANI



Tiba-tiba PM sebut miskin tegar tinggal 18,000, saya ragu – Ahli Parlimen Tanjong Karang

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjong Karang mempertikaikan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyatakan jumlah miskin tegar kini hanya 18,000 orang.

 Zulkafperi Hanapi (Perikatan Nasional) mendakwa jumlah terkini yang disebut ketika pembentangan Belanjawan 2024 pada minggu lalu sebagai mengelirukan apabila jumlah berkurang mendadak berbanding jumlah miskin tegar yang diumum pada tahun lalu.

“Ini kenyataan yang amat mengelirukan, kalau kita rujuk pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari beliau ada menyebut jumlah miskin tegar 300,000 orang.

“Daripada kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) bertarikh 16 Julai 2023 disebut jumlah miskin tegar yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah 210,000.

“Tiba-tiba daripada Julai sehingga Oktober, PMX sebut tinggal 18,000 miskin tegar saya amat meragui kenyataan ini sangat tidak munasabah daripada jumlah itu sepanjang empat bulan,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Menurut beliau, sepatutnya jumlah rakyat yang dikategorikan sebagai miskin tegar dalam negara semakin meningkat apabila sebelum ini dilaporkan golongan T20 menjadi B40.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Anwar menjelaskan formula yang digunakan oleh kerajaan sekiranya benar telah berjaya menurunkan jumlah golongan miskin tegar dalam tempoh beberapa bulan.

“Sedangkan fakta, hakikatnya kita tahu keadaan ekonomi rakyat pada masa kini amat susah. Kenyataan jelas mengatakan ramai T20 jatuh kepada B40 dan ramai B40 jadi msikin tegar.

“Jadi faktanya adalah jumlah miskin tegar kini meningkat. Jadi saya amat meragui dan menyangkal kenyataan beliau,” katanya.




WOIT

YB INI BERANI

SANGKAL DATA

MISKIN TEGAR

 ANWAR

KAH KAH KAH

YB INI

TAK TAKUT

FAHMI FADIL

ARAH KERETA

POLIS DATANG

DEPAN RUMAH

KAH KAH KAH

HEBAT YB 

YANG BERANI

AMIN

1 ulasan:

Rice berkata...

Bro lu bukan tak tahu cakap tak payah modal, cakap pun bukan kena bayar untuk org politik, tapi untuk org marhain cakap boleh kena bayar,, lu cuba lah cakap 3r ,,
18000 miskin tegar dari 33juta rakyat Malaysia? Geli bontot gua,, lu pernah tengok mulut bontot ketawa? Klu mcm ni ambil mana mana duit yg di sakau olh org politik dan beri seorg 100k dalam bentuk asb atau saham atau FD pd yg tegar, total dlm rm1.8 Billion je, serta merta Malaysia jadi negara pertama dalam dunia tiada miskin tegar,, tt lu agak miskin tegar dgn penagih tegar mana ramai,,
Pasal Palastine tu Malaysia jauh lah jadi hanya dapat hantar doa je,, lu jgn salah kan kerajaan ok ,sy ulang lu jgn salahkan lahanat ni semua,,