Jumaat, 3 November 2023

PAS MASUK KERAJAAN ?


Tiada tawaran sertai kerajaan perpaduan, kata PAS

PAS tidak menerima sebarang tawaran atau jemputan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan hari ini.

“Saya ingin mengesahkan PAS, hingga ke saat ini, tidak menerima sebarang bentuk tawaran, jemputan atau apa-apa daripada PMX (gelaran popular merujuk kepada perdana menteri ke-10) seperti dalam temubualnya dengan Time,” katanya pada sidang akhbar.

“Hingga waktu ini. tidak pernah. Tidak ada pemimpin parti ini yang pernah menerima jemputan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan PMX.”

Takiyuddin berkata demikian sebagai mengulas temubual Anwar dengan majalah berpangkalan di AS, Time di mana ahli Parlimen Tambun itu mendakwa kerajaannya sudah menjemput PAS berkenaan perkara itu.

Sementara itu, Takiyuddin berkata pakatan pembangkang Perikatan Nasional (PN) di mana PAS adalah parti terbesarnya, tidak akan meneruskan rundingan dengan wakil kerajaan berkaitan peruntukan sama rata bagi wakil rakyat pembangkang.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata mereka terbuka untuk rundingan tetapi Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, yang dipertanggungjawabkan oleh perdana menteri untuk menerajui perkara itu, meminta pembangkang menulis surat kepada kerajaan menyatakan jaminan tertentu.

“Sebelum ini, ketika zaman Ismail Sabri Yaakob, di mana kita adalah sebahagian daripada kerajaan, mereka (pembangkang) tidak perlu tulis apa-apa pun tetapi kita sediakan dan sukarela tawarkan peruntukan.

“Tetapi kali ini, mereka minta kita tulis surat dan beri komitmen tertentu. Kenapa kita perlu hantar surat dan beri komitmen tertentu?

“Sebab itulah (perkembangan untuk minta peruntukan sama rata) terhenti. Kita tidak akan beri apa-apa untuk mendapatkan peruntukan bagi wakil rakyat pembangkang,” katanya yang juga bekas menteri undang-undang.

Takiyuddin bagaimanapun tidak mendedahkan jaminan yang diminta oleh kerajaan.

Beliau berkata Anwar juga tidak menunaikan janji manifesto Pakatan Harapan di mana beliau berjanji memberikan peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti politik mana. – 3 November, 2023.


WOIT

NAK AJAK PAS

ATAU

TAK NAK AJAK ?

AMIN

KALAU KERAJAAN

PERPADUAN

YOU JI

UNITY GOVERMENT

MAKA SEMUA PARTI

SEBARIS BERSAMA

AMIN

KURANG BERGADUH

TUMPU AGENDA

RAKYAT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: