Selasa, 11 April 2023

KEMPEN LUAR TABII


Kempen cemar imej Nazlan demi dapatkan pengampunan diraja untuk Najib

KEMPEN untuk mencemari imej hakim yang mensabitkan NajiB Razak bersalah, bertujuan untuk berniat untuk mendapatkan pengampunan diraja kepada bekas perdana menteri yang akan membebaskan beliau daripada penjara, kata badan pemantau pencegahan rasuah.

Jawatankuasa Pemandu Bersih dan Gabungan Bertindak Malaysia percaya ia dilakukan oleh peguam dan pihak berkaitan dengan Najib.

Mereka berkata demikian merujuk kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Sekretariat Bersih berkata mereka menggesa Yang di-Pertuan Agong dan semua rakyat Malaysia menolak percubaan daripada penjenayah yang disabitkan dan rakan-rakannya untuk menjatuhkan pentadbiran keadilan serta mencemarkan nama baik badan kehakiman.

Mereka berkata ketua hakim negara perlu diberikan ruang untuk menentukan sebarang tindakan yang bersesuaian secara bebas berdasarkan maklumat yang dirujuk kepada beliau.

Minggu lalu, peguam kanan mendesak prosiding menghina mahkamah dimulakan terhadap mana-mana pihak yang campur tangan dalam bidang kehakiman, termasuk mereka yang cuba merampas kuasa untuk menyiasat hakim.

SPRM terdahulu memutuskan Nazlan mempunyai konflik kepentingan dalam kes SRC International membabitkan Najib. – 11 April, 2023.

KEMPEN BURUKAN

HAKIM TAK

PERNAH BERLAKU

AMIN

INI KEMPEN

DILUAR TABII

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: