Sabtu, 9 Mac 2024

INDUSTRI PERANG - ZIONIS AMERIKA


AS lulus lebih 100 transaksi jualan senjata kepada Israel sejak 7 Okt

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah meluluskan lebih 100 transaksi penjualan senjata kepada Israel sejak 7 Oktober iaitu tarikh permulaan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Menurut Washington Post, perkara tersebut dimaklumkan kepada Kongres dalam satu taklimat sulit.

Jualan melibatkan beribu-ribu peluru berpandu ketepatan tinggi, bom berdiameter kecil dan senjata lain.

Transaksi berkenaan tidak memerlukan keluluasan Kongres kerana kos setiap jualan jatuh di bawah jumlah minimum yang memerlukan semakan.

Jurucakap Jabatan Negara, Matt Miller memberitahu Washington Post bahawa pegawai AS telah “melibatkan Kongres” mengenai penghantaran senjata ke Israel “lebih daripada 200 kali” sejak Oktober.

Laporan itu menyebut, seorang pegawai kanan Jabatan Negara enggan memberikan jumlah sebenar keseluruhan senjata AS yang dipindahkan ke Israel atau kosnya sejak 7 Oktober.

“Ini adalah barang-barang yang tipikal untuk mana-mana tentera moden, termasuk yang secanggih Israel,” kata pegawai itu.

Sementara itu bekas pegawai pentadbiran, Biden Jeremy Konyndyk berkata: “Jumlah jualan yang luar biasa dalam tempoh masa yang agak singkat” menunjukkan bahawa Israel tidak akan dapat mengekalkan operasinya terhadap Hamas di Gaza tanpa sokongan AS.”

Konyndyk ialah presiden semasa Refugees International dan telah menyeru AS untuk menggunakan penjualan senjata untuk menekan Israel supaya menghentikan serangan di Gaza. – Agensi


TANPA AMERIKA

ISRAEL DAH LAMA

PUPUS

AMIN

CHRISTIAN ZIONIS

DI AMERIKA YANG

BANTU ISRAEL

AMIN

PERANG INDUSTRI

TERBESAR AMERIKA

KHALAS

Tiada ulasan: