Sabtu, 9 Mac 2024

TERIMA KASIH AGONG



Agong kurnia X90 kepada Ketua Polis Negara, Pegawai Kanan Istana Negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Proton X90 kepada Ketua Polis Negara, Razarudin Husain dan pegawai-pegawai kanan Istana Negara, bagi mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang mereka.

Turut menerima kurniaan berkenaan ialah Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara,  Azuan Effendy Zairakithnaini dan pegawai agama Istana Negara Munir Md Salleh.

Selain itu, turut menerima kurniaan kereta daripada Seri Paduka Baginda ialah bekas Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral  Indera Zahari Mohd Ariffin dan Kolonel (B)Nazim Mohd Alim.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kurniaan daripada Seri Paduka Baginda itu disampaikan  Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Zailani Hashim di Istana Negara, di sini hari ini.

“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan keluarga Diraja Johor menerusi Yayasan-yayasan Diraja Johor telah mengurniakan pelbagai sumbangan dalam membantu rakyat yang memerlukan.

“Malah, Seri Paduka Baginda turut mengurniakan 10,000 paket beras percuma seberat 10 kilogram di Johor, tahun lalu dalam membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah.

“Selain daripada kurniaan dan sumbangan menerusi Yayasan-yayasan Keluarga Diraja Johor kepada rakyat jelata, Seri Paduka Baginda juga memberi kurniaan kereta kepada pegawai-pegawai yang berjasa serta dedikasi dalam menjalankan tugas,” menurut hantaran itu.

Menurut hantaran itu, Seri Paduka Baginda sejak dahulu lagi mengurniakan kereta kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri Johor, pegawai daerah, doktor perubatan dan jururawat.

Pada 2010, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala Proton Suprima kepada semua pegawai daerah di Johor pada 2018.

Dalam menzahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan, Seri Paduka Baginda juga pernah mengurniakan 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, pada September 2020.

“Seri Paduka Baginda juga pernah mengurniakan Proton X70 kepada tiga doktor sebagai penghargaan di atas khidmat mereka dalam pasukan perubatan Istana Johor pada 2021,” menurut hantaran itu. – Bernama
:

WOIT

TERIMA KASIH

DAPAT KERETA

AMIN

NI JADI KERETA

SENDIRI ATAU

KERETA PEJABAT ?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: