Rabu, 4 September 2024

JAKIM - SILAP BESAR



Isu Jakim hanya salah faham, kata Fahmi

MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkata isu penempatan pegawai Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) di jabatan kerajaan telah disalahertikan.

Beliau berkata dakwaan bahawa pegawai Jakim akan terlibat dalam penggubalan dasar adalah tidak benar.

“Dalam kementerian saya, tiada pegawai Jakim. Ini dakwaan tidak berasas.”

“Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga meminta Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang dan menteri hal ehwal agama  Na’im Mokhtar bertemu Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) untuk mendengar pandangan mereka dan jelaskan isu tersebut.

Fahmi berkata Jakim telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini berikutan kenyataan seorang aktivis hak asasi manusia, tetapi MCCBCHST telah mengeluarkan kenyataan semalam dan ini telah menyebabkan salah faham.

“Oleh itu, perdana menteri telah mengarahkan (kedua-dua menteri) menjelaskan perkara itu,” katanya pada sidang media di Putrajaya.

Semalam, MCCBCHST membangkitkan kebimbangan berhubung langkah kerajaan yang dikatakan menempatkan pegawai dari Jakim di jabatan kerajaan.

Majlis antara agama berkata langkah sedemikian boleh menjejaskan hak asasi dan perlindungan yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.

MCCBCHST merujuk kepada laporan berita Ogos di mana naib presiden Parti Liberal Demokrat David Ong membangkitkan kebimbangan mengenai laporan bahawa pegawai Jakim akan ditempatkan di setiap jabatan kerajaan bagi memastikan keputusan selari dengan prinsip Islam.

Ia berkata terdapat juga pengumuman lain kerajaan, termasuk daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, untuk memperluaskan peranan Jakim.

Dalam ucapannya ketika melancarkan Forum Madani mengenai Etika Perbezaan Pandangan dalam Memperkukuh Perpaduan Nasional pada Julai, Anwar berkata Jakim memainkan peranan yang lebih besar dalam kerajaan perpaduan berbanding pentadbiran persekutuan pada masa lalu.

Beliau berkata Jakim bukan lagi sekadar jabatan yang menyiasat hal ehwal agama Islam tetapi turut memberi input untuk agenda pembangunan negara.

“Jabatan bukan sahaja akan terlibat dalam menentukan naratif ekonomi negara; ia akan mengambil bahagian dalam Belanjawan Madani (belanjawan negara pentadbiran Madani).

“Jabatan juga akan memberikan input mengenai dasar berkaitan pendidikan negara.

“Kerajaan juga sedang mendapatkan input daripada Jakim mengenai kajian separuh penggal kami untuk Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya.– 3 September, 2024.



MENGISLAMKAN

CARA MADANI

INI AKAN MEMBAWA

MALAYSIA PECAH

AMIN

YAKINLAH

SABAH SARAWAK

AKAN KELUAR

MALAYSIA JIKA

JAKIM MAIN

PERNAN DALAM

KERAJAAN

AMIN

KHALAS


Tiada ulasan: