Rabu, 4 September 2024

CHINA MERAH TUNJUK BELANG



China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak, kata laporan


Beijing telah menuntut Malaysia untuk segera menghentikan semua aktiviti di sebuah perairan yang kaya dengan hasil minyak berhampiran Sarawak, walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilihat semakin berlembut terhadap China di sebalik tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

Perkara itu terkandung dalam nota bantahan dihantar kepada Kedutaan Besar Malaysia di China minggu lalu, menurut akhbar Filipina Philippine Daily Inquirer, yang turut menerbitkan dokumen itu.

Ia menuduh Malaysia menceroboh kawasan yang menjadi sebahagian daripada "9 garis putus-putus" (nine-dash line), merujuk peta kontroversi diterbitkan Beijing bagi menunjukkan wilayah yang didakwa miliknya di Laut China Selatan.

Nota bantahan itu menyatakan rasa kurang senang Beijing terhadap aktiviti penerokaan minyak dan gas Malaysia berhampiran terumbu karang Luconia Shoals, juga dikenali sebagai Luconia Reefs.

Malaysia menamakan kawasan itu Gugusan Beting Raja Jarum, tetapi dirujuk oleh China sebagai "Nankang Ansha" dan "Beikang Ansha".

Bantahan Beijing itu berlaku walaupun terumbu karang itu hanya 100 km dari Sarawak, berbanding jaraknya yang hampir 2,000 km dari tanah besar China.

"Pihak China, sekali lagi, menggesa pihak Malaysia untuk sejujurnya menghormati kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim China [dan] segera menghentikan aktiviti yang disebutkan di atas," akhbar Daily Inquirer memetik kandungan nota yang dihantar kementerian luar China.

MalaysiaNow sedang cuba mendapatkan reaksi daripada Menteri Luar Mohamad Hasan.

Malaysia dan China adalah antara tujuh negara di sekitar Laut China Selatan yang terlibat dalam pertelingkahan tuntutan wilayah, di samping Brunei, Taiwan, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

China menghantar aset ketenteraannya di kawasan itu dalam usaha menguatkan tuntutan wilayahnya ke atas seluruh Laut China Selatan. 

Syarikat petroleum negara Petronas beroperasi dalam zon ekonomi eksklusif (EEZ) dan Luconia Reefs, yang didakwa China sebagai wilayahnya berdasarkan apa yang dipanggil peta "9 garis putus-putus".

Tahun lalu, China mengemaskini peta tersebut dengan menerbitkan peta "10 garis putus-putus", di mana ia mendakwa sebuah lagi wilayah berhampiran Taiwan sebagai milinya.

Pada 2016, Mahkamah Tribunal Timbang Tara Tetap yang berpangkalan di The Hague memutuskan peta "9 garis putus-putus" sebagai tidak sah.

Amaran terbaru China dibuat kurang tiga bulan selepas Anwar menyifatkan China "sahabat sejati", memperlihatkan usahanya cuba berlembut dengan China di sebalik ketegasan Beijing tidak bertolak ansur dengan tuntutan wilayahnya.

"Ramai yang berkata, Malaysia sebuah ekonomi yang semakin berkembang, dan jangan biarkan China menyalahgunakan keistimewaannya dan mengancam negara. Saya kata tidak. Sebaliknya, kita mahu mendapat manfaat daripada satu sama lain, kita mahu belajar daripada satu sama lain dan mendapat keuntungan daripada hubungan ini," kata Anwar ketika lawatan Perdana Menteri China Li Qiang pada 20 Jun.

Tahun lalu, kenyataan Anwar yang pentadbirannya bersedia untuk berunding dengan China dalam isu tuntutan wilayah di Laut China Selatan mengundang kemarahan.

Berucap di Dewan Rakyat mengenai lawatan rasminya ke China, Anwar berkata Petronas akan meneruskan aktivitinya di kawasan itu, tetapi menambah Malaysia juga terbuka kepada rundingan dengan Beijing.

"Kalau China merasakan ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan," katanya.

Kenyataan itu menerima kecaman pembangkang. Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berkata kedaulatan wilayah Malaysia tidak terbuka untuk rundingan "walaupun ia dituntut oleh China".

"Kenyataan perdana menteri tentang keterbukaan Malaysia untuk berunding ke atas hak wilayahnya telah mengundang risiko ancaman kedaulatan negara," kata pengerusi Perikatan Nasional itu.

Wisma Putra kemudian menjelaskan komen Anwar itu menzahirkan pendirian Malaysia supaya isu berkaitan Laut China Selatan diselesaikan secara aman.

WOIT

CUBA RENUNG

ADA 1.5 JUTA

CHINA LESAP

DI TANAH MELAYU

AMIN

ADA BERAPA

ASKAR CHINA

YG MENYULUDUP

SAMA

AMIN

INI DILAKUKAN

OLEH CHINA

DI AMERIKA 

AMIN

YANG MASUK

HARAM SEMUANYA

JANTAN MUDA 

BELIA UMUR

ASAKAR

AMIN

KAHLAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wei babi, kau memang sial. Protes bantahan terhadap nentanyahu kerana untuk beri tekanan kepada Israel untuk bebaskan tahanan yang anjing pengganas hamas jadikan yebusan kau tu menang celaka, sial serta anak haram putar cerita. Mampuslah kau! Pukimak!

Tanpa Nama berkata...

Biar china hapuskan tanah melayu, brickfields serta kau sekali. Dasar anjing kolonial! Fikiran pun macam cibai!

Tanpa Nama berkata...

Mudah nak faham dan hadamkan

China saja provokasi Malaysia kena ingat 1.2 juta rakyat China yg hilang lesap di Malaysia tak dapat di kesan kemungkinan adalah tentera China yang akan berperang dari dalam Malaysia...