Ahad, 20 Oktober 2024

BODOH DAN TAMAK




Suri rumah rugi hampir RM700,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

KUANTAN – Seorang suri rumah kerugian RM690,000 selepas terpedaya skim pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan berganda.

Ketua Polis Pahang  Yahaya Othman berkata wanita berusia 42 tahun itu tertarik untuk menyertai pelaburan berkenaan melalui aplikasi WhatsApp dan diminta mendaftar dalam satu sistem, Julai lepas.

Beliau berkata mangsa kemudian telah diberikan latihan oleh suspek untuk membeli saham melalui pautan yang diberikan pada Julai dan Ogos lepas.

“Dalam tempoh 17 Julai hingga 14 Okt, mangsa telah melakukan 25 transaksi ke dua akaun bank yang diberikan suspek.

“Mangsa kemudian telah menerima pulangan dalam anggaran RM50,000 dan melabur semula sehingga kerugian sebanyak RM690,000. Sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Yahaya menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan lumayan dalam masa singkat. – BERNAMA


WOIT

JANGAN BUANG

MASA POLIS

AMIN

INI KES BODOH

DAN TAMAK

NAK CEPAT KAYA

AMIN

PADAN MUKA

PADA YG BODOH

PADA YG TAMAK

KITA TAK PERLU

BERSIMPATI

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tapi tapi tapi saya ulang saya ulang ..jibby tak tamak ke? Boleh plak bagi pelihara kat umah kayangan...pundek mavuneh.

Tanpa Nama berkata...

Pelik juga orang yang bekerja siang malam tak ada simpanan satu ribu dalam tangan tetapi suri rumah simpan sampai 700 ribu, inilah hebat taktik Puan Rosmah Mansor, semua dipelajari orang ramai kah kah kah ertinya ada kebaikan juga FLOM ini kan, syukur alhamdulillah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

bodoh, bengong, gila dan terencat akal seperti TT yang terlalu percayakan tribun news.