Isnin, 21 Oktober 2024

TRUMP SAHABAT PUTIN DAN XI JINPING



'Jika saya kembali ke Rumah Putih, China tak berani provokasi, mereka tahu saya 'gila' - Trump

WASHINGTON: Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi Republikan, Donald Trump, berkata sekiranya dia kembali ke Rumah Putih, China tidak akan berani memprovokasinya kerana Presiden Xi Jingping tahu bahawa dirinya seorang yang 'gila'.

Bercakap kepada Lembaga Editorial Wall Street Journal, Trump berkata, jika dipilih pada pilihan raya presiden bulan depan, beliau akan mengenakan tarif ke atas China jika ia berusaha untuk menyekat Taiwan.

"Saya akan berkata jika anda pergi ke Taiwan, saya minta maaf untuk melakukan ini, saya akan mengenakan cukai kepada anda sebanyak 150 hingga 200 peratus," katanya.

Mengenai kempen pilihan rayanya pula, Trump berkata, musuh tidak akan berani bertindak menentang kepentingan AS di bawah kepemimpinannya kerana mereka akan takut dengan tindak balas yang kuat, malah tidak dapat diramalkan.

"Saya tidak perlu menggunakan kekuatan tentera untuk menghalang sekatan ke atas Taiwan kerana Presiden Xi 'menghormati saya dan dia tahu saya 'gila'".

"Saya mempunyai hubungan yang sangat kuat dengannya. Dia sebenarnya seorang yang sangat baik, saya tidak mahu mengatakan kawan, saya tidak mahu bertindak bodoh, 'dia kawan saya'.

"Tetapi saya bergaul dengannya dengan baik dan dia juga seorang yang sangat garang," kata Trump mengenai Presiden Xi.

Bekas presiden itu juga menyatakan hubungannya dengan Presiden Russia, Vladimir Putin juga positif dan 'bergaul dengannya dengan baik'.

Pilihan raya Presiden AS akan berlangsung pada 5 November ini membabitkan pertembungan dua calon iaitu Trump dan Naib Presiden AS dari Parti Demokrat, Kamala Harris.

JIKA TRUMP

MENANG MAKA

DUNIA AKAN

BERUBAH

AMIN

PERANG UKRAINE

AKAN TAMAT

JENG JENG JENG

APAKAH TRUMP

AKAN TERUS

SOKONG ISRAEL?

AMIN

  KAMALA

BERJANJI PADA

SETANYAHU 

AMERIKA AKAN

TERUS SOKONG

ISRAEL

AMIN

Tiada ulasan: