Ahad, 29 Disember 2024

PUTIN MINTA MAAF



Nahas pesawat: Putin hubungi Presiden Azerbaijan mohon maaf, ucap takziah


MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin menghubungi rakan sejawatnya dari Azerbaijan, Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah, lapor Agensi Anadolu.

"Vladimir Putin memohon maaf atas kejadian tragik yang berlaku di ruang udara Russia dan sekali lagi menyampaikan ucapan takziah yang mendalam dan ikhlas kepada keluarga mangsa serta mengharapkan pemulihan segera kepada yang cedera," menurut kenyataan Kremlin.

Putin menegaskan bahawa pesawat penumpang Azerbaijan itu membuat beberapa percubaan untuk mendarat di bandar Grozny di Chechnya, pada ketika sistem pertahanan udara Russia sedang bertindak balas terhadap serangan drone Ukraine.

Beliau memberitahu Aliyev bahawa Jawatankuasa Siasatan Russia telah memulakan kes di bawah Perkara 263 Kanun Jenayah, yang meliputi pelanggaran keselamatan trafik udara dan peraturan operasi.

"Tindakan siasatan awal sedang dijalankan, dengan pakar awam dan tentera sedang dirujuk," tambah kenyataan itu.

Pada Rabu, pesawat Azerbaijan Airlines yang membawa 67 orang dari ibu negara Azerbaijan, Baku ke Grozny terhempas berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan, mengorbankan 38 orang, manakala 29 terselamat.

Dua wakil dari Pejabat Pendakwa Raya Azerbaijan kini berada di Grozny, bekerjasama dengan pegawai Russia dari Pejabat Pendakwa Raya dan Jawatankuasa Siasatan.

Pelbagai perkhidmatan dari Rusia, Azerbaijan dan Kazakhstan sedang menyelaras rapat di tapak kemalangan berhampiran Aktau untuk menguruskan kesan bencana itu.

Sementara itu, perkhidmatan media Presiden Azerbaijan mengesahkan Putin menghubungi Aliyev untuk menyampaikan permohonan maafnya berikutan insiden tragis yang membabitkan pesawat Azerbaijan Airlines.

Menurut kenyataan itu, Aliyev menegaskan pesawat penumpang Azerbaijan Airlines telah menghadapi gangguan fizikal dan teknikal luaran semasa berada di ruang udara Russia, khususnya di Chechnya.

Gangguan ini menyebabkan pesawat kehilangan kawalan sepenuhnya, memaksanya melencong ke Aktau, Kazakhstan, yang mana pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat berkat keberanian dan profesionalisme luar biasa juruterbangnya, menurut kenyataan itu.

Presiden Azerbaijan itu menekankan bukti-bukti utama gangguan itu termasuk - banyak lubang pada badan pesawat, penumpang dan anak kapal yang cedera akibat serpihan yang menembusi semasa penerbangan, serta kenyataan dari pasukan dan mangsa yang terselamat - yang bersama-sama mengesahkan berlakunya gangguan luar.

Dalam perbincangan mereka, kedua-dua pemimpin bersetuju tentang keperluan untuk penyiasatan menyeluruh berkenaan kemalangan tragis itu dan pentingnya memastikan individu yang bertanggungjawab diambil tindakan sewajarnya.

Aliyev turut memaklumkan bahawa atas inisiatif Azerbaijan, satu delegasi pakar antarabangsa telah dibentuk untuk menyiasat punca insiden itu secara teliti dan telah memulakan kerja mereka.

Kedua-dua presiden menegaskan komitmen mereka terhadap proses penyiasatan yang telus dan berjanji untuk terus memberikan maklumat kepada orang ramai mengenai perkembangan dan penemuan penyiasatan. – BERNAMA-AA

TAKZIAH

UNTUK 

KELUARGA

AMIN

BUAT SILAP

MINTA MAAF

AMIN

JANGAN BALING

BATU SEMBUNYI

TANGAN

KHALAS

Tiada ulasan: