Khamis, 1 Mei 2025

PENDATANG HARAM DARI NIGERIA

 



Lelaki warga Nigeria didakwa gigit sebahagian cuping telinga polis hingga putus

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis dengan menggigit sebahagian cuping telinganya hingga putus.

Tertuduh Okenyehhike Kelvin Obianke, 38, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret S. Mageswary.

“Saya tidak sengaja, saya mengaku tidak bersalah,” katanya.

Lelaki Nigeria dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menggigit telinga kiri seorang anggota polis sehingga terputus sebahagian ketika dibawa oleh anggota polis ke Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 APRIL 2025.Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga penuntut sebuah kolej itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah terhadap Koperal Danierul Azraq Ahmad Khair, 36, di bahagian telinga kiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah premis di Metro Prima, Kepong di sini pukul 10.10 pagi pada 25 April lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkannya diikat jamin dan menetapkan 10 Jun ini bagi sebutan kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, Okenyehhike turut mengaku tidak atas pertuduhan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah mengikut undang-undang untuk masuk ke negara ini pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda RM10,000 atau penjara tidak lebih lim tahun atau kedua-duanya dan tidak lebih enam sebatan jika sabit kesalahan.

Dia juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis Benzo (Nimetazepam) ke dalam badan sendiri di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada pukul 3 pagi pada 26 April lalu.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan itu, yang mana sekiranya dia disabitkan kesalahan, tertuduh itu boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Majistret Atiqah Mohamed kemudian menetapkan 23 Julai ini bagi sebutan semula kes.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Mohamad Poad dan Nurainizatul Farhana Zainal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Minggu lalu media melaporkan seorang anggota polis MPV putus sebahagian telinga kiri selepas digigit lelaki warga Nigeria yang bertindak agresif ketika ditahan di Jalan Kepong, Metro Prima di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.03 pagi ketika koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul itu cuba membantu menahan suspek yang mengganggu sebuah klinik.

Bagaimanapun sewaktu anggota polis cuba memasukkan suspek ke dalam MPV melalui pintu belakang, warga asing itu yang dalam keadaan bergari secara tiba-tiba menggigit telinga kiri mangsa hingga putus sebahagian.

Berikutan itu, anggota polis terbabit dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan, manakala suspek berjaya ditahan di tempat kejadian. –

PENDATANG HARAM

DARI NEGERIA

DARI CHINA MERAH

ADALAH MASALAH

MASA DEPAN 

NEGARA

AMIN

MEREKA AKAN

BERKUMPUL BUAT

GENG

BUKA NIAGA

DADAH DAN LENDIR

AMIN

MEREKA MERASUAH

POLIS KASTAM

IMIGRISEN

PEGAWAI KERAJAAN

DAN POLITIKUS

AMIN

MEREKA AKAN

BELI SENJATA

SEPERTI 

TERJADI PADA

HAITI DAN NEGARA

LATIN AMERIKA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woit mana ada pendatang haram lagi? Semuanya pendatang tanpa izin, kena lembut kerana mereka sudah jadi tulang belakang ekonomi negara,kalau tidak sampah tak kutip, longkang sumbat, pengawal keselamatan tak ada, kedai makan tutup jadi berhati-hatilah menggelar orang yang penting demi kelangsungan negara kah kah kah