SATU MALAYSIA
SEMUA TAHU
POLIS KAKI PAU
KAH KAH KAH
SEKARANG POLIS
DAH NAIK TARAF
KAH KAH KAH
DENGAN BANGGA
POLIS MENYAMUN
KHALAS
Dua pegawai, seorang anggota polis ditahan terlibat kes samun di Gombak
KUALA LUMPUR – Dua pegawai kanan polis dan seorang anggota antara enam individu yang ditahan susulan kes samun berkumpulan di Gombak, 27 Februari lalu.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu jam 7.30 pagi dan operasi khas mengesan serta menangkap suspek dilancarkan.
“Hasil siasatan serta risikan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah membuat siri tangkapan bermula 2 Mac lalu.
“Seramai enam lelaki tempatan ditahan di beberapa lokasi berbeza melibatkan tiga suspek dikenal pasti sebagai penjawat awam (dua pegawai kanan dan seorang anggota).
“Manakala tiga lagi adalah orang awam di mana salah seorang daripadanya mempunyai 20 rekod lampau dan kesemua suspek kini direman sehingga 8 Mac,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, dalam operasi itu polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,498, pelbagai barang kes termasuk kenderaan jenis Mercedes Benz, Cherry Omoda 5, Van Hiace.
“Selain itu, turut dirampas tiga helai vest bertulis ‘polis’, dua ketulan emas seberat 100gram dan 13 telefon bimbit pelbagai jenama.
“Polis juga giat mengesan dua lagi suspek yang masih bebas hasil pendedahan maklumat daripada suspek yang ditangkapan,” jelasnya.
Tegas beliau, siasatan telus dan menyeluruh sedang dijalankan tanpa kompromi, walaupun tindakan kes tersebut melibatkan pasukan sendiri.
Jelasnya lagi, tindakan tegas akan diambil bagi memastikan integriti dan keselamatan masyarat sentiasa terpelihara. – MalaysiaGazette

1 ulasan:
sepatutnya kerajaan tak perlu kawal lesen senjata api. siapa ada wang boleh beli dan gunakan. mesti senang selesai kes rasuah, samun dan rompak.
Catat Ulasan