Ahad, 8 Mac 2026

RAFIZI TAK PERLU RISAU


KAH KAH KAH

KES INI SAJE NAK

ALIH CERITA

KORPORAT MAFIA

AMIN

ANWAR NIN

IBARAHIM 

TAK BERANI BUKA

KAH KAH KAH

MADAFAKA

TERLIBAT SAMA

KHALAS

Saya sedang menunggu bila SPRM nak panggil – Rafizi

SUBANG JAYA –  Rafizi Ramli mendakwa sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang panggilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi kenyataan berhubung siasatan Arm Holdings walaupun siasatan itu telah berlangsung lebih sebulan.

“Setakat ini tiada sebarang maklum balas atau arahan rasmi diterima daripada SPRM sama ada melalui panggilan telefon, emel mahupun media sosial.

“Saya pun sedang menunggu bila dia nak panggil saya, bila dia nak ambil kenyataan saya. Sehingga sekarang masih belum ada apa-apa maklum balas ataupun perintah daripada SPRM,” katanya kepada media selepas melancarkan Program Pinjam Gajet oleh Ayuh Malaysia di sini, hari ini.

Rafizi yang merupakan bekas Menteri Ekonomi berkata, sekiranya pihak berkuasa ingin menghubunginya, ia bukan perkara sukar kerana banyak saluran komunikasi yang boleh digunakan termasuk emel atau mesej di platform media sosial.

Beliau berpandangan, kelewatan tersebut mungkin kerana siasatan masih belum mempunyai bukti kukuh berkaitan sebarang pelanggaran peraturan seperti yang disebut oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini.

Menurutnya, SPRM pada peringkat awal memaklumkan siasatan tersebut bukan berkaitan wang, sebaliknya melibatkan kemungkinan pelanggaran peraturan.

“Kalau bersabit dengan pelanggaran peraturan, sebelum mereka boleh memanggil saya, mereka kena cari bukti dulu pelanggaran itu,” katanya.

Beliau berkata, SPRM juga difahamkan telah memanggil beberapa pegawai kanan kerajaan bagi membantu siasatan termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,  Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Dalam pada itu Rafizi mendakwa, siasatan terhadap isu tersebut berkemungkinan menjadi usaha untuk mengalih perhatian daripada isu lain yang melibatkan Azam.

Katanya, jika benar terdapat kes kukuh terhadapnya, beliau percaya tindakan seperti penahanan reman dan pertuduhan sudah lama dilakukan berdasarkan corak tindakan SPRM dalam kes sebelum ini.

“Kalau betul ada sesuatu yang boleh disiasat dan didakwa, saya dah lama kena reman. Tetapi, kes ini sudah lebih sebulan dan saya masih belum dipanggil untuk memberi satu patah kenyataan pun,” katanya.

Mengulas kemungkinan individu lain dipanggil membantu siasatan, Rafizi berkata, perkara itu bergantung sepenuhnya kepada SPRM.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan beberapa pemimpin kanan kerajaan turut terlibat dalam program berkenaan termasuk  Anwar bin Ibrahim dan Menteri Kewangan II, i Amir Hamzah Azizan.

Katanya lagi, program kerajaan berskala besar lazimnya melibatkan ramai pegawai termasuk pegawai di Jabatan Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri yang menghadiri pelbagai mesyuarat berkaitan.

SPRM sebelum ini mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung satu perjanjian mega antara kerajaan Malaysia dengan Arm Holdings yang dianggarkan bernilai RM1.11 bilion.

Ia susulan penelitian SPRM terhadap maklumat diberikan beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung seorang bekas menteri kanan sebuah kementerian dan siasatan awal SPRM mendapati perjanjian mega tersebut dipercayai dimeterai secara tergesa-gesa oleh Kementerian Ekonomi.

Rafizi pada Khamis mendedahkan, peranan Anwar dalam isu pelaburan kontroversi yang sedang disiasat itu susulan SPRM memohon bantuan awam mengesan bekas pembantunya, James Chai.

Beliau turut mendakwa, Anwar sendiri yang meminta mereka menyusun pertemuan dengan gergasi semikonduktor tersebut. – MalaysiaGazette

 

Tiada ulasan: