DAP DAH
JADI MANDUL
AMIN
KINI BERSAMA
PKR & UMNO
ROMPAK HARTA
NEGARA
KAH KAH KAH
KHALAS
Pemuda DAP: Jelaskan isu saham Azam, bukan tangkap penunjuk perasaan
Pemuda DAP ikut menggesa supaya tiga penunjuk perasaan yang ditahan reman selama tiga hari kerana mengganggu ucapan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dibebaskan segera, sambil mendesak kerajaan memperjelas kontroversi berkaitan pegangan sahamnya.
“Pemuda DAP menekankan bahawa keutamaan kini adalah mempercepatkan siasatan terhadap isu pemilikan saham berlebihan melibatkan Azam Baki secara telus dan terbuka, serta memberikan penjelasan yang meyakinkan kepada rakyat.
"Bukannya menyiasat aktivis dan pelajar sebagai satu bentuk pengalihan isu,” katanya pada satu kenyataan.
Mengingatkan pihak berkuasa bahawa era kerajaan autokratik di Malaysia telah berlalu, sayap itu menegaskan kerajaan Madani menjunjung hak serta kebebasan bersuara.
“Sehubungan itu, Pemuda DAP menyeru agar pihak polis segera menghentikan segala bentuk siasatan yang mengganggu tugas kewartawanan dan ekspresi aman rakyat, serta memastikan hak asas media dan masyarakat sivil terus dilindungi demi menjamin kelangsungan sistem demokrasi negara,” kata kenyataan itu lagi.
Sayap DAP itu turut menegaskan penguatkuasaan undang-undang di bawah kerajaan Madani perlu menunjukkan tahap keterbukaan, keterangkuman dan penghormatan lebih tinggi terhadap kebebasan bersuara rakyat.
Merujuk kepada peranan rakyat dalam sistem demokratik, Pemuda DAP berkata hak untuk menuntut akauntabiliti daripada kerajaan ialah hak asas yang perlu dipelihara.
Tambahnya, selagi tindakan sedemikian tidak mengganggu ketenteraman awam, pihak berkuasa tidak wajar bertindak secara melulu dengan menyekat kebebasan bersuara rakyat.
Sebelum ini, Sekretariat Tangkap Azam Baki menyifatkan penahanan dan reman tiga hari terhadap tiga individu terlibat dalam protes itu sebagai cubaan pihak berkuasa membungkam aktivis antirasuah.
Jurucakap kumpulan itu, Alyaah Hani Anuar, berkata: “Kami melihat penahanan ini taktik intimidasi kerajaan Madani dan penahanan reman tiga hari ini adalah tidak masuk akal."
“Kami merasakan ini adalah satu taktik intimidasi dan satu bentuk pengkhianatan terhadap kebebasan bersuara,” tegasnya.
Tiga aktivis direman
Tiga individu yang ditahan — Presiden Liga Demokratik Hamidin Nordin, aktivis Liga Pelajar Ahsanul Akmal Sulam dan penyelaras Mandiri Fakrurrazzi Khairur Rijal — disiasat mengikut Seksyen 186, 447 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Peruntukan itu melibatkan kesalahan menghalang penjawat awam, pencerobohan, provokasi dan gangguan awam, dengan hukuman antara denda ringan (RM100) hingga penjara maksimum dua tahun.
Dalam perkembangan berkaitan, Penggerak Kempen Kebebasan Bersuara Amnesty International Malaysia, Kiran Kaur pula berkata “penahanan berterusan terhadap tiga aktivis susulan protes aman menunjukkan satu pola membimbangkan dalam menghukum ekspresi tanpa keganasan.”
“Daripada melaksanakan reformasi yang sekian lama dijanjikan seperti memansuhkan undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara, pihak berkuasa sekali lagi mengambil langkah bersifat luas dan menghukum untuk membungkam perbezaan pendapat.
“Protes aman bukan jenayah. Penangkapan dan penahanan aktivis atas dakwaan pencerobohan jenayah dan ‘penghinaan dengan sengaja’ merupakan tindak balas tidak seimbang terhadap tindakan tanpa keganasan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kiran menegaskan kerajaan sepatutnya mewujudkan persekitaran yang membolehkan orang ramai menyuarakan kritikan dan bukannya menyasarkan aktivis.
“Penangkapan dan penahanan berulang terhadap pengkritik kerajaan menunjukkan satu pola lebih luas penyusutan ruang sivik yang perlu segera diperbetulkan,” tambahnya.
Aktivis berkenaan ditahan selepas memegang plakad menggesa Azam ditahan ketika ketua pesuruhjaya itu menyampaikan ucapan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur semalam.
Azam menjadi tumpuan berhubung pegangan sahamnya yang didakwa melebihi had ditetapkan bagi penjawat awam, manakala SPRM turut berdepan dakwaan terlibat dalam skandal “mafia korporat”, dengan pegawai didakwa bersekongkol dengan ahli perniagaan untuk melaksanakan pengambilalihan syarikat.
Minggu lalu, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil menafikan dakwaan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta “individu penting” dalam siasatan terhadap pegangan saham Azam supaya menangguhkan pendedahan dapatan siasatan kepada umum.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan