Rabu, 8 April 2026

ZIONIS AMERIKA TUNDUK KALAH



ZIONIS AMERIKA

TUNDUK KALAH

AMIN

ARAB BARUA

AMERIKA MAKIN

TAKUT

AMIN

ISLAMIK REPUBLIK

IRAN MAKIN

DI HORMATI

KHALAS


Iran umum 'kemenangan bersejarah' dalam perang dengan AS


TEHRAN: Iran mengisytiharkan 'kemenangan bersejarah' ke atas Amerika Syarikat (AS) dan Israel selepas 40 hari konflik, dengan mendakwa Washington terpaksa menerima cadangan damai yang dikemukakan Tehran, lapor Press TV.

Dalam kenyataan rasmi, Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran memaklumkan pihak lawan mengalami kekalahan besar dan kini 'tiada pilihan selain tunduk' kepada kehendak Iran.

Menurut kenyataan itu, Amerika bersetuju dengan cadangan 10 perkara yang merangkumi gencatan senjata kekal, penarikan keluar tentera Amerika dari rantau tersebut serta penghapusan sekatan terhadap Iran.

Antara syarat lain termasuk tiada lagi serangan ke atas Iran, pengiktirafan kawalan Teheran ke atas Selat Hormuz, serta penerimaan terhadap program pengayaan nuklear negara itu.

"Majlis Keselamatan Tertinggi Iran mengumumkan selepas 40 hari perang, tentera kita telah mencapai kejayaan hampir sepenuhnya, menolak musuh ke situasi yang digambarkan oleh Tehran sebagai kekalahan bersejarah," lapor Quds News Network hari ini.

Menerusi kepimpinan Pemimpin Agungnya, Ayatollah Sayyid Mojtaba Khamenei dan diluluskan Majlis Keselamatan Tertinggi Iran, laporan sama menyebut Tehran dikatakan akan memulakan rundingan dengan Washington pada 11 April ini.

Menurut laporan, rundingan antara Iran-AS akan berlangsung di Islamabad, Pakistan.

"Rundingan yang dijadual berlangsung selama dua minggu itu bertujuan memuktamadkan butiran kejayaan Iran di medan perang.

"Bagaimanapun, Tehran menegaskan peperangan akan diteruskan sehingga pelan 10 perkara dilaksanakan sepenuhnya dan semua tuntutan nasional dipenuhi," kata laporan itu.

Presiden AS, Donald Trump, pagi tadi mengumumkan penangguhan serangan ketenteraan yang terhadap Iran selama dua mimggu.

Beliau berkata penangguhkan itu tertakluk kepada persetujuan negara itu untuk membuka Selat Hormuz secara sepenuhnya, serta-merta dan selamat.

Menurut Trump, pihaknya turut menerima satu cadangan mengandungi 10 perkara daripada Iran yang beliau percaya boleh menjadi asas pelaksanaan rundingan antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, Trump tidak mendedahkan butiran cadangan berkenaan. - Agens

Tiada ulasan: