Isnin, 27 April 2026

SELAT HORMUZ AKAN ADA BAYARAN TOL


KAH KAH KAH

TRUMP INI NAK

BERUNDING 

DENGAN SIAPA?

KAH KAH KAH

IRAN DAH CAKAP

JELAS DAN TERANG

SELAMAT HORMUZ

TIDAK AKAN JADI

SEPERTI DULU

AMIN

AKAN KENA 

BAYAR TOL

KHALAS

AS-Iran bincang gencatan senjata bagi buka semula Selat Hormuz


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Iran sedang berbincang mengenai kemungkinan perjanjian gencatan senjata sebagai pertukaran untuk Iran membuka semula Selat Hormuz, menurut tiga pegawai AS kepada Axios.

Bagaimanapun gambaran keseluruhan mengenai perkara itu tidak dinyatakan lebih lanjut sama ada perbincangan itu berlaku secara langsung atau melalui orang tengah.

Pegawai terbabit turut menegaskan masih belum jelas sama ada satu perjanjian boleh dicapai.

Namun, mereka berkata Presiden AS, Donald Trump, sedang membincangkan kemungkinan itu dengan pegawai dalam dan luar pentadbiran.

Trump membangkitkan perbincangan mengenai kemungkinan gencatan senjata dalam satu panggilan pada Rabu dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, menurut dua sumber yang mengetahui perkara itu.

Trump turut bercakap dengan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohammed bin Zayed.

Di sebalik tabir, Naib Presiden AS, JD Vance dilaporkan sudah berhubung dengan orang tengah mengenai kemungkinan gencatan senjata seawal Selasa, menurut sumber yang dimaklumkan.

Sumber itu berkata Vance sudah pun menyampaikan mesej kepada Iran melalui orang tengah bahawa AS terbuka kepada gencatan senjata jika tuntutan mereka dipenuhi, termasuk pembukaan semula Selat Hormuz.

Vance juga menegaskan semula ancaman Trump untuk menyerang infrastruktur Iran sekiranya tiada perjanjian dicapai, menurut sumber itu.

Trump mendakwa pada Rabu bahawa Iran meminta AS untuk gencatan senjata, namun menegaskan beliau hanya akan mempertimbangkan jika selat terbabit dibuka semula.

China dan Pakistan sudah pun mengemukakan satu inisiatif damai yang selari dengan perkara itu pada Selasa.

Kementerian Luar Iran segera menafikan dakwaan Trump, dan Tehran secara konsisten menafikan sebarang rundingan langsung dengan Washington.

Difahamkan, Trump mungkin merujuk kepada kenyataan Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Selasa dalam satu panggilan dengan Presiden Majlis Eropah, António Costa.

Pezeshkian berkata Iran bersedia menamatkan perang tetapi hanya jika AS menghentikan serangan dan Iran menerima jaminan bahawa perang tidak akan berulang.

"Presiden rejim baharu Iran, yang jauh lebih sederhana dan lebih bijak berbanding pendahulunya, baru sahaja meminta AS untuk GENCATAN SENJATA!

"Kami akan mempertimbangkan jika Selat Hormuz dibuka, bebas dan selamat," kata Trump dalam hantaran di Truth Social.

Beliau menegaskan bahawa sementara itu AS akan terus menghancurkan Iran sepenuhnya atau, seperti yang mereka katakan, 'kembali ke Zaman Batu!!!'

Jurucakap Kementerian Luar Iran menyifatkan hantaran Trump itu sebagai tidak benar dan tidak berasas.

Pezeshkian sudah pun menjadi presiden sebelum perang, dan kebanyakan penganalisis berpendapat bahawa pihak yang lebih tegar kini memegang kuasa.

Trump berulang kali menyatakan bahawa perang itu akan berakhir tidak lama lagi, namun beliau masih membuka kemungkinan operasi darat.

Israel dan negara Teluk termasuk Arab Saudi dilaporkan menggesa Trump untuk meneruskan tekanan.

Pada masa sama, beberapa pihak dalam Rumah Putih sedang mencari jalan keluar diplomatik. - AGENSI


Tiada ulasan: