Isnin, 27 April 2026

HUJAN PETIR RIBUT


BETUL

JAM 5.30 PETANG

KETIKA GUA

MENULIS HUJAN 

DAH MULA TURUN

AMIN 



Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir semua negeri hingga petang ini - MetMalaysia


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan hampir semua negeri di seluruh negara sehingga jam 5 petang, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook memaklumkan negeri terbabit ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Kawasan dijangka terjejas termasuk Perlis, selain Kubang Pasu, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Kedah dan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

Di Perak pula membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Tiada ulasan: