APAKAH AMARAN
KERAS DARI TERAM
DIBUAT
LEPAS MINUM
WHISKI
KAH KAH KAU
ATAU MASA
BUAT AMARAN
PELIR TERAM
KERAS
KAH KAH KAH
KHALAS
Trump beri amaran keras kepada Iran segera muktamadkan perjanjian damai
WASHINGTON: Presiden Donald Trump memberi amaran keras terbaru kepada Iran supaya segera memuktamadkan perjanjian damai, sambil menegaskan negara itu berdepan risiko "tidak akan ada apa-apa lagi yang tinggal" sekiranya terus berdegil.
Amerika Syarikat (AS) yang terperangkap dalam konflik berlarutan dengan Tehran sejak pelancaran serangan bersama Israel pada 28 Februari lalu, masih bergelut memecahkan kebuntuan rundingan bagi menamatkan perang di Asia Barat serta mencetuskan lonjakan harga bahan api global.
"Masa untuk Iran semakin suntuk dan mereka perlu bertindak segera. Jika tidak, tiada apa yang akan tinggal kepada mereka," kata Trump menerusi platform Truth Social miliknya, sambil menegaskan 'masa makin kritikal'.
Konflik itu turut mengakibatkan sekatan di Selat Hormuz, laluan strategik yang mengendalikan kira-kira 20 peratus eksport minyak dunia, selain mengheret Israel dan Lubnan ke dalam konflik sampingan yang semakin meruncing.
Tehran yang dipimpin pemerintahan ulama serta menjadi penaung kepada Hizbullah, menuntut gencatan senjata berkekalan di Lubnan sebagai prasyarat kepada sebarang perjanjian damai lebih luas dengan Washington.
Bagaimanapun, Trump dilaporkan kecewa dengan keengganan Iran menerima syarat yang dikemukakan.
Seorang pegawai tentera Israel memaklumkan Hizbullah melancarkan kira-kira 200 serangan peluru ke arah Israel dan tenteranya sepanjang hujung minggu lalu, meskipun gencatan senjata antara Israel dan Lubnan dipersetujui untuk dilanjutkan selama 45 hari.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan lima individu termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam serangan terbaharu Israel di selatan negara itu semalam.
Sejak konflik tercetus, lebih 2,900 nyawa terkorban di Lubnan, termasuk 400 kematian direkodkan sejak gencatan senjata bermula pada 17 April lalu, menurut pihak berkuasa tempatan.
Rundingan damai antara Washington dan Tehran menemui jalan buntu berikutan kegagalan AS menawarkan konsesi konkrit, meskipun kedua-dua pihak telah bersetuju mengadakan gencatan senjata sejak 8 April lalu.
Kebuntuan dalam proses diplomasi itu turut menyaksikan beberapa siri serangan terus berlaku di rantau Asia Barat.
Media Iran pada Ahad melaporkan maklum balas terbaharu AS terhadap agenda rundingan yang dicadangkan oleh Tehran tidak menunjukkan sebarang perkembangan yang ketara bagi menamatkan peperangan.
Agensi berita Fars mendedahkan Washington telah mengemukakan senarai lima perkara yang dilihat berat sebelah dan sukar diterima oleh pihak Tehran.
AS menuntut Iran hanya mengendalikan satu sahaja tapak nuklear dan memindahkan semua simpanan uranium diperkaya miliknya kepada Washington, selain enggan melepaskan "walau 25 peratus" daripada aset Iran yang dibekukan di luar negara selain Washington juga menolak untuk membayar sebarang ganti rugi atas kemusnahan yang dialami Iran sepanjang tempoh peperangan.
Sementara itu, agensi berita Mehr menyifatkan tindakan AS itu sebagai cubaan terdesak untuk mendapatkan kelebihan di meja rundingan.
"Amerika Syarikat, tanpa menawarkan sebarang konsesi yang nyata, mahu mendapatkan konsesi yang gagal mereka perolehi ketika fasa peperangan. Tindakan ini hanya akan membawa rundingan ke jalan buntu," lapor agensi berkenaan.
Di sebalik usaha damai yang sedang berjalan, pergolakan baharu terus tercetus di beberapa bahagian di rantau berkenaan pada Ahad.
Pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) melaporkan satu serangan dron telah mencetuskan kebakaran berhampiran sebuah stesen janakuasa nuklear di wilayah Abu Dhabi. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan insiden itu tidak menjejaskan tahap radiasi di kawasan sekitar.
Kumpulan bersenjata tajaan Iran yang dilengkapi kemudahan dron dilaporkan bertapak di Iraq, manakala sekutu Tehran di Yaman — pemberontak Houthi — turut memiliki dron tempur (UAV) gred tentera.
Dalam pada itu, Pakistan terus memainkan peranan aktif sebagai perantara dalam rundingan damai berkenaan. Menteri Dalam Negerinya, Mohsin Naqvi, mengadakan pertemuan dengan Ketua Perunding Iran yang juga Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Ghalibaf, di Tehran pada Ahad.
Menerusi hantaran di media sosial selepas rundingan itu, Ghalibaf menegaskan bahawa peperangan yang dilancarkan oleh AS dan Israel telah menggugat kestabilan keseluruhan rantau Timur Tengah.
"Sesetengah kerajaan di rantau ini percaya bahawa kehadiran Amerika Syarikat akan membawa keselamatan kepada mereka. Namun, peristiwa mutakhir ini membuktikan kehadiran mereka bukan sahaja gagal memberikan keselamatan, malah menjadi punca kepada ketidakstabilan," tegas Ghalibaf. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan