Isnin, 18 Mei 2026

PAGI INI


PAGI INI





PAGI INI

SENIN 18   MEI 2026

PERANG HARI KE 78


KAH KAH KAH – TERAM BERI AMARAN LAGI –
Kah kah kah
Kah kah kah
Setanyahu berbincang dengan Teram lalu Teram  keluarkan satu lagi AMARAN untuk Iran.

Ini  AMARAN LANCHAU !!! kah kah kah

Iran dah lama tunggu – masuklah – dunia tak sabar nak dengar kembali BOM BON TEL AVIV – amin

BERSAMA RAFIZI BERSAMA NIK NAZMI
Dua bekas  menteri kerajaan Madani ini bukan sahaja telah meninggalkan Parti Keluarga Ramanan ...opps... silap PARTI KEADILAN RAKYAT.

MEREKA JUGA LETAK JAWATAN sebagai YB – Jelas mereka BUKAN GILA NAK JADI MENTERI – kerana masa jadi Menteri mereka letak  jawatan – sekarang – berhenti dari jadi YB.

RAFIZI & NIK NAZMI tubuh PARTI BERSAMA !!!

Woit – mari kita ramai-ramai BERSAMA-SAMA  GULINGKAN ANWAR BIN IBRAHIM – KHALAS

HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah – matahari belum bersinar. Langit kelam – masih banyak awam gelap. Kemarin hujan petang dan hujan malam – tak lebat tapi basah. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Dari jauh gua nampak Siti dan Keluarga – datang – Pagi ini agak spesial – nasi, rangka ayam, kaki ayam –  dan tulang lembu – ini lebihan dari SUP yang gua. Setiap Ahad tukar pengisian baru – lebihan untuk Warga Hokkien.

Pagi ini gua gumbira ramai datang makan.

Pulang – seperti biasa di Wakaf Pertama – semua dapat  Friskies  - Siti dapat hati ayam – Pagi ini Tiong Laki Bini ada sama.  Gua gumbira.

Le Chateau agak sunyi - tak ada suara unggas - MUNKIN kerana basah.

Gua rasa jap lagi matahari akan sampai – gua perlu panas – jika petang hujan kira ok – malam sejuk santai. Amin.

BRO
SENYUM
SEYUM SAMBUT
PAGI SENIN

BRO
Lu rasa lu menderita – tapi ini dalam imaginasi – bukan dalam kenyataan.

BRO
Yang ganggu lu bukan hal itu – tapi jawapan lu pada hal itu.

BRO
Lu tak boleh kontrol apa yang berlaku pada lu – tapi lu boleh kontrol ada bentuk respons dan  tindakan dari lu. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: