Sabtu, 9 Mei 2026

BAHAYA BESAR KEPADA NEGARA


PEDATANG HARAM

JADI MASALAH

BESAR PADA 

MALAYSIA

AMIN

DI UK - DI JERMAN

DI ITALI - DI EROPAH PEDATANG HARAM

KINI JADI MASALAH

NASIONAL NEGARA

KHALAS


23 lelaki, seorang wanita China diusir pulang ke negara asal

SEMPORNA: Seramai 24 warga China dihantar pulang ke negara asal selepas ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah di Semporna, bulan lalu.

Semua mereka membabitkan 23 lelaki dan seorang wanita dewasa disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia selepas didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Pengarah Imigresen Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof, berkata penghantaran pulang itu dilaksanakan kelmarin hasil tangkapan menerusi Ops Kutip, Ops Mahir dan Ops Sapu yang dijalankan di Semporna pada 21 April lalu.

Operasi berkenaan membabitkan pemeriksaan terhadap 45 individu sebelum 34 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

"Semua yang ditahan terdiri daripada 33 warga China membabitkan 30 lelaki dan tiga wanita dewasa serta seorang lelaki warga Pakistan.

"Mereka disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, proses siasatan dan pendakwaan terhadap sebahagian tahanan itu dibuat di Mahkamah Sesyen Tawau pada 4 Mei lalu membabitkan sembilan warga China.

Katanya, enam lelaki warga China didakwa mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 namun mengaku tidak bersalah sebelum dibebaskan dengan jaminan mahkamah hingga kes disebut semula pada 11 Jun depan.

"Sementara itu, dua wanita dan seorang lelaki warga China pula dituduh atas dua kesalahan iaitu mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah dan membayar denda bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, namun tiada jaminan diberikan mahkamah bagi pertuduhan mengikut Peraturan 39(b)," katanya.


 

Tiada ulasan: