GENCATAN SENJATA
INI HANYA TEATER
AMIN
TERAM NAK
LAWAT CHINA
NAK DI LIHAT
BAIK
KAH KAH KAH
LEPAS ITU
PERANG KEMBALI
AMIN
Tindakan AS serang 2 kapal tangki Iran cetus tindak balas Tehran
TEHRAN: Serangan jet pejuang Amerika Syarikat (AS) melumpuhkan dua kapal tangki berbendera Iran bagi menguatkuasakan sekatan pelabuhan, sekali gus meningkatkan ancaman terhadap gencatan senjata yang sememangnya rapuh.
Perkembangan itu turut gus mencetuskan serangan balas Tehran dan menggugat gencatan senjata ketika Tehran meneliti cadangan terbaharu Washington untuk menamatkan perang di Asia Barat.
Pegawai Iran menuduh AS melanggar gencatan senjata menerusi serangan ke atas kapal tangki itu serta menjejaskan usaha diplomatik bagi menamatkan konflik.
Pada masa sama, gencatan senjata di Lubnan turut berdepan tekanan apabila Hizbullah yang disokong Iran melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah pangkalan tentera di Israel.
Ia sebagai tindak balas terhadap serangan baru-baru ini di Beirut dan serangan berterusan di selatan negara itu, yang menurut pihak berkuasa Lubnan, mengorbankan 11 orang pada Jumaat.
Markas Pentadbiran Pusat AS (CENTCOM) berkata sebuah pesawat F/A-18 Super Hornet menggunakan senjata tepat pada Jumaat terhadap dua kapal di Teluk Oman — laluan masuk ke Selat Hormuz yang penting — bagi menghalang kapal itu daripada meneruskan pelayaran ke Iran.
Seorang pegawai tentera Iran memberitahu media tempatan bahawa tentera laut negara itu 'bertindak balas terhadap pelanggaran gencatan senjata dan keganasan AS dengan serangan balas' serta 'pertempuran kini sudah berakhir.'
Kes terbaharu itu berlaku selepas ketegangan tercetus semula di selat berkenaan, yang kawalannya disamakan oleh penasihat pemimpin tertinggi Iran seperti 'memiliki bom atom'.
Washington menerusi pengantara Pakistan, mengemukakan cadangan kepada Iran untuk melanjutkan gencatan senjata di Teluk bagi membolehkan rundingan penyelesaian muktamad konflik yang tercetus 10 minggu lalu susulan serangan AS-Israel ke atas Iran.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, berkata pada Jumaat bahawa cadangan itu masih dalam penelitian, menurut agensi berita ISNA.
Wakil Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeed Irvani, menuduh AS melanggar gencatan senjata menerusi serangan terhadap kapal tangki Iran dalam surat kepada Setiausaha Agung PBB dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Menteri Luar Iran, Sayed Abbas Araghchi, dalam perbualan dengan rakan sejawatnya dari Turkiye turut menyuarakan keraguan terhadap kesungguhan serta komitmen AS untuk menyelesaikan konflik itu menerusi saluran diplomatik, menurut agensi berita Tasnim.
Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, bertemu Naib Presiden AS, JD Vance, di Washington pada Jumaat dan membincangkan usaha diterajui Pakistan untuk memeterai keamanan berkekalan.
SEmentara itu, imej satelit menunjukkan tompokan minyak sedang merebak di luar pesisir Pulau Kharg, Iran, iaitu terminal utama eksport minyak bagi republik Islam itu.
Punca sebenar tumpahan yang dilaporkan itu masih belum dapat dipastikan.
Tompokan itu dikesan di luar pesisir pantai barat pulau berkenaan dan dipercayai meliputi kawasan lebih 52 kilometer persegi, menurut pemantau global Orbital EOS.
Pulau Kharg adalah nadi kepada industri eksport minyak Iran, yang menjadi tonggak kepada ekonomi negara itu yang terjejas, dan terletak di Teluk Parsi, di utara Selat Hormuz yang sempit. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan