MULA MULA
TOK BOMOH
TAKUTKAN
ORANG KAMPUNG
DENGAN
HANTU DAN JIN
AMIN
KEMUDIAN
TOK BOMOH
JUAL TANGKAL
AMIN
WHO IS
TOK BOMOH
KHALAS
Vaksin ebola dijangka siap dalam 9 bulan, kes terus meningkat - WHO
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pembangunan vaksin bagi wabak Ebola jenis Bundibugyo mungkin mengambil masa sehingga sembilan bulan, ketika jumlah kes dan kematian terus meningkat.
Menurut Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, sebanyak 600 kes disyaki dan 139 kematian dilaporkan setakat ini, dengan angka sebenar dijangka lebih tinggi berikutan kelewatan pengesanan virus.
Sebanyak 51 kes telah disahkan di Republik Demokratik Congo (DRC), pusat utama wabak di wilayah Ituri, manakala dua kes dilaporkan di Uganda - termasuk satu kematian membabitkan individu yang pernah mengembara dari DRC.
WHO sebelum ini telah mengisytiharkan darurat kesihatan awam antarabangsa, namun menegaskan situasi itu masih belum mencapai tahap pandemik.
Dua vaksin percubaan sedang dibangunkan, namun belum menjalani ujian klinikal.
Pakar WHO menyatakan vaksin paling berpotensi mungkin mengambil masa antara enam hingga sembilan bulan sebelum boleh digunakan.
Situasi di lapangan semakin membimbangkan apabila fasiliti kesihatan dilaporkan sesak dan kekurangan perlindungan mencukupi, sementara jangkitan dalam kalangan petugas perubatan turut dilaporkan.
Wabak Ebola jenis Bundibugyo ini jarang berlaku dan tiada vaksin khusus diluluskan setakat ini, menjadikannya lebih mencabar untuk dikawal meskipun kadar kematiannya lebih rendah berbanding strain lain.
Di Amerika Syarikat (AS), pegawai perubatan sedang bekerjasama dengan Mapp Biopharmaceutical untuk menyediakan ujian rawatan Ebola kepada individu yang mungkin terdedah kepada virus itu, menurut seorang pegawai Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS).
Firma bioteknologi milik persendirian itu sedang bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Penyelidikan dan Pembangunan Bioperubatan Lanjutan, yang dikenali sebagai BARDA.
Ia membekalkan rawatan berkenaan untuk kegunaan berpotensi dalam kalangan individu berisiko tinggi sebagai sebahagian daripada usaha kesiapsiagaan yang diselaraskan, kata pegawai itu kepada Reuters.
Rawatan antibodi monoklonal dalam peringkat penyiasatan itu dibangunkan menerusi kerjasama awam-swasta jangka panjang yang disokong BARDA bagi menangani virus Sudan, yang mempunyai kaitan rapat dengan virus Ebola lain, katanya.
Data makmal menunjukkan rawatan itu berpotensi berkesan terhadap virus Ebola Bundibugyo, iaitu punca penularan wabak Ebola semasa.
Sebarang penggunaan berpotensi produk itu diselaraskan menerusi pendekatan menyeluruh kerajaan membabitkan ASPR, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) serta Jabatan Negara AS, tambah pegawai itu.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan tahap bekalan khusus, kapasiti pengeluaran atau pertimbangan perolehan.
Mapp yang berpangkalan di San Diego memberi tumpuan kepada pembangunan vaksin dan ubat bagi penyakit berjangkit serta sebelum ini membangunkan ubat Ebola eksperimen, ZMapp, yang digunakan ketika wabak 2014.
Menerusi laman sesawangnya, syarikat itu memaklumkan ZMapp dihentikan dan menyenaraikan MBP134, rawatan antibodi monoklonal eksperimen yang menyasarkan pelbagai virus Ebola termasuk spesies Sudan, dalam saluran pembangunan produknya. - AGENSI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan