Khamis, 21 Mei 2026

SENJATA BEKALAN BLACKROCKS


INI KERJA 

ZIONIS ISRAEL

DENGAN SENJATA

DI BEKAL OLEH

SYARIKAT 

BLACKROCK

KHALAS


Aktivis flotila termasuk 29 rakyat Malaysia ditahan di Israel mogok lapar


SEPANG: Sekurang-kurangnya 87 aktivis kemanusiaan yang dipercayai ditahan di Pelabuhan Ashdod, Israel melancarkan mogok lapar besar-besaran.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sany Araby Abdul Alim Araby, berkata tindakan itu sebagai protes terhadap penahanan secara haram kira-kira 9,500 warga Palestin oleh rejim Zionis.

"Mogok itu sebagai tanda bantahan terhadap penahanan haram, layanan tidak berperikemanusiaan serta pencabulan hak asasi yang dijalankan oleh pihak rejim ke atas aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

"Mereka juga mahu dunia terus mendesak untuk menoktahkan undang-undang tidak masuk akal ke atas 9,500 tahanan Palestin, khususnya dari Gaza.

"Mereka yang ditahan termasuk doktor dan pemuda di bawah umur menanti untuk digantung sampai mati tanpa bicara," katanya pada sidang media di SNCC, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai usaha membebaskan rakyat Malaysia ditahan, beliau berkata, pasukan guaman tempatan melalui Pusat Penyelidikan dan Advokasi Manusia (CENTHRA) membuat persiapan rapi dengan pelan tindakan perundangan dari peringkat awal.

Katanya, CENTHRA bekerjasama dengan firma guaman Legal Center for Arab Minority Rights yang memiliki kepakaran khusus dalam mengendalikan kes di peringkat Mahkamah Dunia terutama membabitkan rejim Israel.

"Pasukan peguam telah bersedia di Pelabuhan Ashdod untuk menguruskan kebajikan dan tindakan undang-undang buat aktivis yang diculik.

​"Melalui rangkaian dan akses undang-undang yang ada, peguam terbabit berjaya mendapatkan pengesahan awal bahawa seluruh delegasi kemanusiaan, termasuk 29 rakyat Malaysia, berada dalam keadaan stabil.

"​Sekatan dan halangan yang dihadapi pihak guaman menghadapi kesukaran yang tinggi pada tahun ini kerana rejim Israel bertindak menafikan hak akses peguam untuk bertemu dan mewakili para aktivis secara individu," katanya.

Menurutnya, kehadiran pasukan guaman terbabit kritikal dalam menuntut hak tahanan selain mengumpul bukti pelanggaran undang-undang di bawah Konvensyen Geneva.

Katanya, ia juga penting bagi mengelakkan aktivis yang ditahan terbabit dipindahkan ke Penjara Ketziot atas pertuduhan terbabit aktiviti pengganas.

Tiada ulasan: