Ahad, 7 Jun 2026

BAHAYA BESAR DARI CHINA MERAH !!!


AWAS !!!

TARING 

CHINA MERAH

MULA MENONJOL

AMIN

BAHAYA BESAR

BAHAYA AKAN

SAMPAI

KHALAS


Hantaran media sosial dari China cuba gugat keharmonian kaum di Singapura


SINGAPURA: Pemerintah Singapura mengambil serius akan sebarang ancaman terhadap perpaduan sosial dan keharmonian kaum di Singapura yang dikesan dalam platform media sosial, terutama yang berpangkalan di luar negara.

Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Edwin Tong, berkata platform berkenaan akan dipantau dengan teliti dan tindakan tegas akan diambil demi kepentingan Singapura.

Beliau membuat penegasan itu susulan hantaran kandungan dan video dikatakan dari China, yang menghina masyarakat India dan menggugat model masyarakat berbilang kaum Singapura.

"Video itu menyerang asas utama yang menjadikan Singapura sebagai rumah untuk kita semua. Ia melemahkan dasar masyarakat kita sendiri.

"Kandungan itu mencerminkan agenda pihak-pihak yang berniat untuk memecahbelahkan kita sebagai satu negara.

"Oleh itu, kita mesti bertindak tegas dan menolak sebarang percubaan daripada mereka yang ingin menyebabkan kemudaratan kepada kita, terutama apabila ia berasal daripada sumber asing," katanya.

Salah satu contoh kandungan sedemikian memaparkan perarakan keagamaan di Pagoda Street, Chinatown, yang secara tersirat menggambarkan bahawa masyarakat India tidak diterima atau tidak dialu-alukan di kawasan itu.

Sedangkan sesiapa yang biasa dengan kawasan Chinatown pasti tahu bahawa dalam jarak berjalan kaki yang sangat dekat, terdapat kuil Buddha, kuil Hindu, sebuah masjid, sebuah gereja Methodist.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) turut menyatakan bahawa Singapura dengan tegas menolak fahaman 'nativisme' dan xenofobia, iaitu perasaan sangat takut atau benci terhadap warga asing.

Sebarang cubaan untuk melaga-lagakan antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain di negara ini mesti ditolak sama sekali.

Justeru, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengeluarkan Arahan Memansuhkan (DD) di bawah Akta Bahaya Jenayah Dalam Talian (Ocha) 2023 kepada Google, Meta dan X supaya mengambil semua langkah yang munasabah untuk menyekat akses kepada hantaran tersebut di Singapura.

Pada masa yang sama, tambah Tong, rakyat Singapura juga harus bijak dan berhati-hati dengan apa yang mereka tonton dan baca dalam talian.

"Kita harus mempersoalkan sumber atau niat video tertentu dan tidak menyebarkannya jika ia boleh menjejaskan fabrik sosial atau keharmonian sosial kita," tegas beliau.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada 6 Jun, sebanyak 14 kandungan serta video yang tidak berasal dari Singapura dan bersifat menghina masyarakat India, diminta untuk diturunkan daripada platform media sosial seperti YouTube, Facebook dan X.

Kandungan itu dipercayai berasal daripada sebuah platform berpangkalan di China dan kemudiannya disebarkan semula melalui platform serta laman sesawang lain. - AGENSI



Tiada ulasan: