Sabtu, 6 Jun 2026

KELUARGA RAMANAN DAPAT TELO

 


PASTIKAN

KELUARGA R

AMANAN

COROT DAPAT TELO

KAH KAH KAH

KHALAS

Undang Dakwa Pembubaran DUN Langgar Peruntukan Perlembagaan Negeri


SEREMBAN, 6 Jun 26 — Kemelut pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan memasuki fasa baharu apabila pihak Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin dilaporkan mengemukakan bantahan rasmi terhadap keputusan pembubaran DUN yang diumumkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada 4 Jun lalu.

Menerusi surat rasmi yang dihantar melalui firma guaman Deidra Sharina & Co. kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan, wakil kepada Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin menyatakan bantahan keras terhadap pembubaran tersebut.

Surat bertarikh 5 Jun 2026 itu memaklumkan bahawa pihak berkenaan tidak memberikan sebarang persetujuan terhadap pembubaran DUN yang diumumkan.

Bantahan tersebut dibuat atas alasan dakwaan berlaku pelanggaran terhadap peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan, termasuk Artikel 56(2), Artikel 38(4), serta Artikel 28(1) dan (2).

Menurut surat itu, sekiranya pembubaran DUN diteruskan, ia boleh menimbulkan pelbagai implikasi undang-undang termasuk persoalan berkaitan kesahan keputusan pilihan raya negeri yang bakal berlangsung.

Pihak berkenaan turut meminta supaya langkah sewajarnya diambil segera bagi memastikan kedaulatan undang-undang dan prinsip perlembagaan negeri terus dihormati.

Isu ini kini menimbulkan persoalan baharu mengenai proses pembubaran DUN Negeri Sembilan, khususnya berkaitan peranan institusi Undang Yang Empat dalam struktur pemerintahan negeri yang mempunyai sistem tersendiri berbanding negeri-negeri lain.

Perkembangan terbaru ini dijangka mencetuskan perbahasan lanjut dari sudut perlembagaan dan kuasa institusi dalam pentadbiran Negeri Sembilan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan secara rasmi berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Negeri Sembilan,  Aminuddin Harun, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir @politiko.my
.

Tiada ulasan: