DUA YANG
DI TUDUH TAKDA
KABEL BESAR
AMIN
TAK KENAL
AZAM BIN BAKI
VICTOR CHIN
RAMANAN
AMIN BANGLA
ATAU FARSHASH
AMIN
JIKA DIBUKTI SALAH
PASTI KENA HUKUM
KHALAS
Polis nafi bapa seorang suspek kes 61 tikaman pesara polis, ada 'kabel' besar
KOTA BHARU: Polis menafikan dakwaan mengatakan bapa kepada seorang suspek remaja lelaki yang ditahan berhubung kes kematian penuntut kolej dengan 61 tikaman Jumaat lalu, adalah pesara polis selain mempunyai pengaruh besar.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, sebaliknya berkata bapa kepada seorang suspek adalah pesara di sebuah agensi kerajaan lain.
"Apa yang tular mengatakan pesara pegawai polis selain ada yang maklum mempunyai 'kabel' besar adalah tidak benar sama sekali.
"Kita menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini dan berharap pihak luar tidak sesuka hati memuat naik maklumat yang tidak betul.
"Pada masa sama saya meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan maklumat yang disebarkan. Apa yang pasti siasatan menyeluruh sedang dijalankan, tidak wujud soal 'kabel' besar atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam mengatakan bapa kepada salah seorang remaja lelaki yang ditahan adalah pesara pegawai polis.
Pada masa sama, ada yang mengaitkan suspek mempunyai 'kabel' atau pengaruh besar.
Dua warga emas dibebaskan dengan jaminan semalam
Semalam, dua warga emas yang berusia 60 dan 66 tahun sebelum ini direman tiga hari dibebaskan dengan jaminan polis.
Difahamkan, warga emas berkenaan adalah ibu bapa kepada salah seorang suspek remaja lelaki yang ditahan berhubung kejadian itu.
Dalam kejadian tengah malam Jumaat lalu, mayat seorang wanita ditemui di Kampung Padang Simah, Ketereh di sini jam 12.30 tengah malam dengan mempunyai 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dilaporkan berkata, mangsa ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun pihaknya mengenal pasti mangsa berdasarkan semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Beliau berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi terbabit.
Katanya, hasil pemerhatian awal di lokasi mendapati, mangsa memakai rantai leher dengan ukiran nama 'SYAA', seutas rantai tangan di pergelangan tangan kiri serta sebentuk cincin di jari tengah tangan kanan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan