PAGI INI
PAGI INI
SENIN 4 MEI 2026
PERANG HARI KE 65
GENCATAN SENJATA BERJALAN
TERAM ANCAM IRAN
Entah berapa kali Teram kata nak bom Iran .. kah kah kah.... kentut pun tak sampai.
Apa yang menarik ialah jawapan Panglima Perang : lu Teram akan menyesal ... lu belum lihat lagi senjata ini punya pukulan.... jeng jeng jeng.
SENJATA BARU jenis apa YANG DIMAKSUDKAN OLEH PANGLIMA PERAN IRAN ??
EKONOMI DUNIA
Makin kacau makin kacau – Perang Iran membawa bala kepada ekonomi kapitalis – KESIAN AMERIKA jadi BARUA Israel.
PERANG IRAN ADALAH PEROJEK ISRAEL – PROJEK NETANYAHU NAK HANCUR KAN IRAN – sekarang semua GAGAL.
Politik dan kuasa politik dunia makan berubah – kita tunggu sebulan dua lagi apa akan jadi bila minyak habis – sekarang banyak Syarikat Kapal Terbang berhenti operasi – minyak dah habis.. kah kah kah.
UMNO NAK BERNAFAS KEMBALI
Parti ini makin rahai – malah kini lebih dikenali sebagai PARTI UMDAP - bak kato orang Negori : Ekau mada kalau kau sokong parti ancuk omak kau ni... kah kah kah.
HARGA BARANG
Harga bahan makanan masih seperti harga lama - tapi HARGA BUAH – dah naik – buah banyak import – contoh BLUEBERY dari 8RM kini jadi 11RM – ini harga di NSK.
Barang lain gua tak tahu – gua hanya beli buah dan sayuran di pasar.
ANWAR BIN IBRAHIM NAK POTONG BUJET – SILAKAN – TARIK JUGA SUBSADI – LAGI MOLEK – Amin
HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah segar. Matahari dah keluar – sinar di halang awan. Langit cerah tidak biru terbentang – banyak berawan. KL & KL Sentral berkabus nipis – kemarin hujan lebat.
Ha ha – pagi ini bila gua masuk Siti dan keluarga datang dari atas bukit - semua berlari ke jalan besar – ekor mengotek – tanda gumbira.
Pagi ini ramai makan. Gua gumbira.
Dalam sawah rumput Terkukur berlagu – tapi suara agak jauh. Chip chip chip gua dengar juga.
Pulang ke Wakaf Pertama Siti dan Emak menunggu. Jantan Baik panjat tembok tak sabar nak rasa Friskies. Tiong Laki Bini berlabuh sama. Semua mendapat rezeki.
Berjalan pulang di Hutan Belukar di tepi pagar Jantan Berkokok. Ini Jantan Muda suara belum merdu.
Hari ini akan panas. Sinar dah masuk ke balkoni gua. Petang hujan malam jadi sejuk santai. Amin
BRO
Masa nya hari ini – bukan esok tapi sekarang.
BRO
Lu tak tahu – tak salah – tapi lu wajib bertanya arah jalan itu ke mana.
BRO
Lu jangan simpan dendam – nanti bila lu berjalan jadi berat kerana dendam ada dalam poket lu. Amin.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI IN
SELAMAT BEKERJA




Tiada ulasan:
Catat Ulasan