INI TANDA
PERANG RAKYAT
AMIN
RAKYAT MAHU
BERPERANG
KHALAS
Penyokong Hizbullah adakan protes bantah perjanjian Israel-Lubnan
BEIRUT: Penyokong Hizbullah mengadakan protes di ibu kota di sini bagi membantah perjanjian antara Israel dan Lubnan.
Ia susulan seorang ahli Parlimen daripada kumpulan yang disokong Iran itu memberi amaran pelaksanaan perjanjian berkenaan berisiko mencetuskan perang saudara.
Agensi Berita Nasional (NNA) yang dikendalikan kerajaan melaporkan, penyokong Hizbullah menunggang motosikal di jalanan di Beirut termasuk kawasan pusat bandar dan di sepanjang jalan menuju ke lapangan terbang, bagi membantah perjanjian rangka kerja yang diumumkan antara Lubnan dan Israel.
Wartawan AFP menyaksikan orang ramai menunggang motosikal sambil melaungkan slogan di sepanjang sebuah jalan, selain anggota tentera Lubnan mendirikan sekatan jalan raya sementara di beberapa lokasi di ibu negara.
Pihak berkuasa Lubnan tidak akan mampu melaksanakan perjanjian yang ditandatangani di Washington melainkan mereka, dengan sokongan Amerika Syarikat (AS).
"Ini pilihan untuk mencetuskan perang saudara," kata ahli Parlimen Hizbullah, Hassan Fadlallah, yang mana parti disertainya sejak sekian lama menolak rundingan secara langsung antara Israel dan Lubnan.
Beliau menambah, merujuk kepada apa yang berlaku di Washington, adalah cubaan menggagalkan laluan Islamabad, dan tanpa penentangan (Hizbullah), tiada apa yang akan berjaya.
Beliau merujuk kepada perjanjian awal antara AS dan Iran bagi menghentikan perang di Asia Barat, yang turut membabitkan Lubnan.
Rakaman video yang tular menerusi media tempatan dan media sosial menunjukkan ratusan penyokong Hizbullah menunggang motosikal dan moped (motorsikal ringan) mengelilingi pinggir selatan Beirut, kubu kuat kumpulan itu, sebelum bergerak menuju ke pusat ibu negara.
Sebahagian daripada kumpulan itu berkumpul berhampiran bangunan kerajaan dan menyekat jalan utama di kawasan berkenaan.
Rakaman lain menunjukkan anggota tentera menghalau penyokong Hizbullah yang menyekat jalan utama menuju ke lapangan terbang menggunakan tayar yang dibakar, sebelum tentera membuka semula laluan itu.
NNA sebelum ini melaporkan penunjuk perasaan menyekat sekurang-kurangnya satu jalan utama dengan membakar tayar. – AFP






