Khamis, 11 Jun 2026
FAHMI KENCING TIKUS
FAHMI LARI
MACAM TIKUS
KATA ALBERT
JENG JENG JENG
APAKAH FAHMIA
PEMBAWA VIRUS
KENCING TIKUS
YANG MENUTUP
TIK TOK ?
JENG JENG JENG
KHALAS
Selepas Fahmi 'lari', Albert Tei teruskan usaha tuntut penjelasan TikTok disekat
Aktivis lantang Albert Tei mengulangi tuntutannya untuk mendapatkan penjelasan daripada Fahmi Fadzil mengenai tindakan memadam akaun TikToknya, selepas empat kali gagal bertemu dengan menteri komunikasi tersebut.
Tei sebelum ini berkata Fahmi sering mengelaknya, termasuk dalam satu insiden minggu lalu apabila menteri itu menggunakan pintu masuk belakang untuk mengelak kumpulan aktivis yang hadir di lobi Kementerian Komunikasi.
Insiden pada 5 Jun itu dirakam Tei dan disiarkan di akaun TikTok dan Facebooknya yang dipanggil "Reformati", sehingga tular dan meraih berjuta-juta tontonan.
Klip tersebut menunjukkan Tei dan sekumpulan aktivis tiba di lobi kementerian di Putrajaya, dalam percubaan keempat untuk mengadakan pertemuan dengan Fahmi berkenaan sekatan terhadap akaun media sosialnya yang masih belum dijelaskan pihak berkuasa.
Pegawai kementerian kemudian memaklumkan kepada Tei bahawa Fahmi tiada di pejabat, dan kenderaan beliau juga didapati tiada lagi di perkarangan bangunan.
Situasi itu mencetuskan kemarahan Tei, yang bertindak menjerit "pengecut" dan "tikus", sambil mendakwa Fahmi menyelinap keluar dari bangunan kerana tidak berani berdepan dengannya.
"Dia lari ikut pintu belakang. Saya hanya masuk 10 minit, saya dimaklumkan oleh pegawai di sana bahawa dia minta pemandunya bawa kereta ke basement, bawa dia lari. Apakah ini menteri komunikasi?" kata Tei hari ini.
Tei kini mendapati akaun TikTok keduanya turut disekat, dan yakin ia bukan tindakan TikTok kerana video masih boleh diakses menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN), yang membenarkan akses kepada kandungan yang tertakluk kepada penapisan kerajaan.
"Akaun itu terus hilang. Tidak dapat diakses di Malaysia. Namun boleh kelihatan bila menggunakan VPN. Apa maksudnya? Kandungan video saya tidak melanggar syarat TikTok."
TikTok merupakan antara tiga platform media sosial – selain WeChat dan Telegram – yang bersetuju dengan peraturan pelesenan baharu yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), agensi yang dikawal Fahmi.
Tei bertegas untuk mendapatkan penjelasan kerajaan.
"Apa kesalahan saya? Kenapa sekat akaun TikTok saya tanpa notis? Tanpa amaran?
"Jika saya buat salah, sama ada sebarang kata-kata yang saya keluarkan, dalam bentuk fitnah atau hasutan, sila siasat saya, tangkap saya, tuduh saya di mahkamah. Biar mahkamah yang menentukan adakah saya salah atau benar," katanya.
Peguam Tei, Mahajoth Singh, berkata surat akan dihantar kepada SKMM serta TikTok dan Meta untuk penjelasan berhubung sekatan akaun media sosial anak guamnya.
Tei berkata Fahmi tidak mempunyai kuasa menyekat akaun media sosial mana-mana individu yang mengkritik kerajaan.
"Dia tiada pun punca kuasa untuk menyekat akaun, mana-mana sosial media akaun, sesiapa rakyat di Malaysia. Saya amat kecewa dengan perkara tersebut. Dalam masa satu bulan, dua kali, dia sekat akaun TikTok saya.
"Perangai ini memang kurang ajar, memang jahat. Lebih teruk daripada sistem komunis. Komunis pun tidak sampai begitu."
Tei adalah antara pengguna media sosial yang tidak disenangi kerajaan, sehingga menyebabkan peningkatan bilangan akaun yang disekat SKMM.
Pada April, pempengaruh terkemuka Syarul Ema Rena Abu Samah, lebih dikenali sebagai Ratu Naga, hadir di luar ibu pejabat SKMM selepas dipanggil untuk disoal siasat kerana berkongsi laporan berita.
Ratu Naga turut mengecam Fahmi dan Pengerusi SKMM, Salim Fateh Din, serta mencabar mereka untuk mendakwanya di mahkamah.
"Kalau saya cakap silap, saman saya, tapi apa yang kau buat, kau gunakan SKMM, kau gunakan polis untuk mengganggu hidup saya.
"Kau ingat polis dan SKMM tak ada kerja lain ke? Mereka pun ada kerja, nak pantau scammer, polis pula dengan jenayah yang tinggi," katanya sambil menunjukkan laporan perubatan mengenai kesan mental yang disebabkan oleh pelbagai tindakan SKMM terhadapnya.
SAPA PENAJA PARTI BERSAMA ?
TAK MASUK
AKAL DUIT DARI
DAIM
KAH KAH KAH
SEMUA ORANG TAHU
DAIM INI KEDEKUT
KAH KAH KAH
RAFIZI KELUAR
DUIT MASUK
AKAL
AMIN
SOROS BERI
DANA PUN TIDAK
MASUK AKAL
KERANA DULU
SOROS
DAH BERI DANA
PADA PKR
AMIN
PENING KEPALA
SOROS
BERAPA KALI
SOROS NAK BERI
KHALAS
‘Bersama memang ada penaja, orang itu adalah saya
Pengasas bersama parti Bersama Rafizi Ramli tampil menyangkal dakwaan kononnya gerakan politik itu ditaja oleh pihak berkepentingan khususnya balu kepada Allahyarham Daim Zainudin iaitu, Na'imah Abdul Khalid.
Sebaliknya Rafizi secara terbuka mengakui yang dia merupakan penyumbang terbesar setakat ini dengan dana peribadi mencecah RM80,000.
Bekas Menteri Ekonomi itu menjelaskan, tuduhan liar yang mendakwa Bersama dibiayai oleh individu tertentu khususnya keluarga Daim adalah fitnah tersusun bagi memburukkan imej gerakan berkenaan.
"Ada serangan tersusun kononnya saya membeli Bersama pada harga RM8.5 juta. Disambung pula dengan tuduhan saya dibiayai oleh Toh Puan Naimah dan keluarga arwah Tun Daim.
"Memang ada seorang yang menjadi funder (penyumbang) terbesar Bersama. Orang itu adalah saya," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu memperincikan bahawa beliau telah mendahulukan wang peribadi berjumlah RM30,000 bagi kos pelancaran pada 17 Mei lalu, selain RM50,000 lagi untuk bayaran deposit ibu pejabat Bersama di Puchong.
Mengulas lanjut mengenai model kewangan gerakan tersebut, Rafizi berkata Bersama disokong oleh kira-kira 27,000 rakyat Malaysia yang menyumbang melalui yuran keahlian seumur hidup, pembelian barangan rasmi serta kempen pendanaan awam .
Setakat ini, katanya, jumlah keseluruhan yang berjaya dikumpulkan daripada orang ramai adalah sekitar RM750,000.
"Dana inilah yang digunakan sebagai modal untuk membiayai Jelajah Kancil, menempah merchandise, membayar ansuran infrastruktur digital, ubah suai ibu pejabat, menempah bahan kempen dan lain-lain.
"Oleh kerana semua petugas di belakang tabir bekerja secara sukarela, ia meringankan beban kos Bersama," katanya lagi.
Pada 28 Mei lalu, bekas timbalan presiden PKR itu menolak dakwaan dia membeli Bersama dan mendakwa perkara itu hanya fitnah tentera siber kerajaan.
Dia menjelaskan Bersama tidak menyasarkan kuasa dalam tempoh terdekat, sebaliknya mahu membina gerakan jangka panjang yang memfokuskan reformasi struktur untuk rakyat Malaysia.
Sebelum itu, bekas menteri Nik Nazmi Nik Ahmad membangkitkan kebimbangan selepas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dikatakan berkongsi berita tidak tepat mengenai Bersama.
Nik Nazmi, yang menerajui Bersama dengan Rafizi berkongsi di X bahawa akaun TikTok Fahmi menyiarkan semula video yang dimuat naik oleh pengguna MayaAlesya.
Video itu, yang mendakwa Rafizi telah “membeli” Bersama dengan harga RM8.6 juta, mempersoalkan sumber dana Rafizi sambil turut menuduh bekas menteri ekonomi itu menyimpan niat jahat terhadap PKR.
"Dari mana Rafizi dapat dana, hasil dari skandal rasuah ke, atau dapat dana dari George Soros?
"Sebenarnya tujuan utama Rafizi lancarkan Bersama bukan untuk kepentingan rakyat tapi untuk balas dendam terhadap parti lama dan kerajaan".
Sementara itu, Rafizi berkata kaedah mengutip dana berskala kecil daripada orang awam diguna pakai bagi memastikan pergerakan itu kekal bebas dan tidak terikat dengan mana-mana taikun atau proksi korporat.
"Memang kerja rumit dan cerewet bila bergantung kepada sumbangan kecil RM10, RM50 dari orang ramai, tapi kami tidak mahu Bersama jadi hamba kepada penyumbang dana.
"Kalau dibiayai golongan berkepentingan, ahli politik membawa suara golongan itu. Kalau dibiayai rakyat, ahli politik membawa suara rakyat," katanya lagi.
VAPE JADI SALURAN DADAH KIMIA
INI SILAP BESAR
VAPE NAK LAWAN
NAKOTIN ROKOK
AMIN
SEKARANG VAPE
SALURAN DADAH
LAGI BAHAYA
DARI HEROIN
KHALAS
Kemunculan dadah ‘Piu Piu’ bukti vape wajar diharamkan segera – Ayob Khan
KUALA LUMPUR – Kemunculan dadah sintetik baharu dikenali sebagai “Piu Piu” di pasaran yang dikesan dicampurkan dalam cecair rokok elektronik membuktikan peranti itu wajar diharamkan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ini kerana dadah mengandungi campuran Fentanyl dan bahan kimia psikoaktif itu boleh memberikan kesan khayal teruk seumpama “zombi” kepada penggunanya.
Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) melihat penggunaan vape kini sudah tersasar dan disalahgunakan secara meluas oleh sindiket pengedaran dadah sebagai modus operandi bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
”Isu utama pada masa ini bukanlah sama ada vape itu satu peluang perniagaan untuk golongan tertentu atau tidak, tetapi isunya alat itu disalahgunakan secara berbahaya dengan dicampurkan bersama dadah baharu atau New Psychoactive Substances (NPS).
”Vape kini sudah menjadi satu kebanggaan kepada golongan remaja, jadi kita perlu sekat gejala ini dari awal. Banyak negara luar telah pun mengharamkannya, oleh itu Malaysia juga perlu mempunyai kehendak politik (political will) untuk membanterasnya,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Lawatan Hospital sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.
Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata PDRM bagaimanapun tidak mempunyai kuasa mutlak untuk terus mengharamkan penggunaan peranti berkenaan kerana ia turut melibatkan bidang kuasa kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan (KKM).
Beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus melaksanakan pemantauan dan operasi berskala besar secara berterusan, termasuk ke atas premis jualan vape bagi menyekat penularan dadah terbaharu berkenaan. – BERNAMA
APA JADI DENGAN NAJIB BIN RAZAK
BAGAIMANA
DATUK SERI
NAJIB BIN RAZAAK
KAH KAH KAH
APAKAH KERANA
NAJIB BIN RAZAK
DISIMPAN
DALAM JIL KAJANG
TIDAK DALAM JIL
SUNGAI BULUH
KAH KAH KAH
KHALAS
Gelaran 'Tan Sri' Isa Samad ditarik balik
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Mohd Isa Abdul Samad berkuat kuasa 8 Jun lalu.
Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, penarikan balik itu kerana beliau disabitkan kesalahan dan sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
"Penarikan balik kurniaan ini adalah selaras dengan Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia perenggan XXV dan XXVIA yang menyatakan darjah kebesaran boleh ditarik balik jika disabitkan dengan sesuatu kesalahan.
"Selain itu ia susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung penarikan balik darjah kebesaran sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan pada 7 September 2024 di Istana Negara," katanya.
Mohd Isa, 76, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan membebaskan beliau dan mengembalikan sabitan rasuah, hukuman penjara serta denda terhadapnya.
Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi mendapati Mohd Isa bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta, dengan tambahan hukuman penjara dua tahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024 membebaskan Mohd Isa daripada semua sembilan pertuduhan rasuah membabitkan RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB).
Mohd Isa pernah menjadi Pengerusi FELDA dari 2011 hingga 2017.
Sebelum itu, beliau adalah Menteri Besar Negeri Sembilan yang paling lama berkhidmat iaitu dari 1982 hingga 2004.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden UMNO pada 2004 hingga 2005 dengan memenangi jawatan itu pada pemilihan parti 2004, namun digantung keahliannya pada Jun 2005 akibat kesalahan politik wang.
ADA HANTU DATANG TOLONG IRAN !!!
MAT TERAM KLIM
IRAN DAH KALAH
KAH KAH KAH
JET TEMPUR
MILIK IRAN SEMUA
DAH TERBARAI
KAH KAH KAH
TUP TUP ADA
HANTU BEDIL
JET F16 AMERIKA
KAH KAH KAH
KHALAS
TAJUK BERITA SALAH
INI CONTOH
TAJUK BERITA
SALAH !!!
AMIN
BUKAN TELUK
KEMBALI
TEGANG !!!
AMIN
TAPI PERANG
KEMBALI
DISAMBUNG
KHALAS
Negara Teluk kembali tegang, Iran dakwa 18 sasaran ketenteraan AS diserang di Kuwait, Bahrain
ISTANBUL: Iran mendakwa sebanyak 18 sasaran utama ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Kuwait dan Bahrain telah diserang awal hari ini ketika ketegangan di rantau itu terus memuncak.
Menurut kenyataan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), sasaran yang diserang termasuk Pangkalan Udara Ali Al Salem dan Ahmad Al Jaber di Kuwait serta Pangkalan Sheikh Isa di Bahrain.
Secara berasingan, pihak tentera Iran memaklumkan bahawa mereka turut menyasarkan sistem pertahanan udara Patriot dan kemudahan komunikasi milik Armada Kelima Tentera Laut AS yang berpangkalan di Bahrain.
Tentera Iran juga berkata, dron berani mati telah dilancarkan ke arah Armada Kelima AS sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika ke atas wilayah selatan Iran.
Menurut kenyataan itu, pasukan Iran bersedia untuk menghadapi musuh "hingga titisan darah terakhir" dan tidak akan berundur sehingga pihak yang bertanggungjawab menerima balasan.
Perkembangan terbaharu ini berlaku susulan peningkatan ketegangan selepas serangan AS ke atas selatan Iran dan tindakan balas Tehran yang menyasarkan aset ketenteraan Amerika di beberapa lokasi di rantau Teluk. - BERNAMA-ANADOLU
ANGAN ANGAN MAT TERAM
WOIT
GAZA PENDUDUK
TAK SAMPAI
SATU JUTA
KAH KAH KAH
ISRAHELL SERANG
SELAMA 3 TAHUN
AMIN
GAZA
MASIH GAGAH
BERDIRI
AMIN
MAT TERAM
ANGAN ANGAN
NAK KALAHKAN
IRAN YANG ADA
INDUSTRI SENJATA
DAN
90JUTA PENDUDUK
POOORAAH
KAH KAH KAH
MAT TERAM
ANGAN ANGAN
PENUH MIMPI
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)





