Isnin, 7 Oktober 2013

DAPUR JALANAN PETANG KELAMRIN





DAPUR  JALANAN 
PETANG KELMARIN
TERIAM KASEH
tim dapur jalanan mengucap terima kaseh
kepada tim syed shahir 
yang datang dengan pengat pisang
kepada  jeff dan yati
yang datang dengan kueh dan biskut
kepada pyan habib dan kekasih
yang datang dengan  nasi impit kuah kacang
kepada py yang datang dengan kari ayam dan roti
kepada mat skuter  dan awek bawa gulai ayam halia

dan pada semua yang datang bantu 
terima kaseh

juga pada mas dari cij
yang masak mee hailam

KESAH KESAH
ada mamat baju merah
 datang dengan dua minah cun
mengancam kedudukan jalan panggung
kah kah kah
selamat bersama

tapi paling mengecewakan
 dua lagi minah cun
nak datang bantu 
tapi datang lewat
ciiiis ramai kecewa
kah kah kah
jam 7 semua dah selesai

KALAU NAK DERMA MAKANAN
dapur jalanan di jalan panggung
bermula pada jam 6:00 petang
sesiapa yang ingin besedekah makanan
sila hubungi lebih awal
012-664-88-73
TERIMA KASEH PADA PENDERMA
dapur jalanan telah menerima sumbangan
dari ramai hamba allah
yang tidak diketahui
mereka hanya memasukan duit
 ke akoun
dapur jalanan spkl collective
ke bank cimb
14-79-00-00-917-05-1
kepada mereka kami pantunkan
ada upeh ada ragi
kalau boleh nak lagi
kah kah kah

--------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hakikat sebuah kehidupan yg terasing dari planet kapitalis....ada rezeki aku derma

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kembali kerana membuka peluang untuk kami menderma. Ada rezeki kami akan menderma lagi.