Jumaat, 13 Disember 2013

DEMO ISNIN INI

KUALA LUMPUR: Kenaikan cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu dibatalkan pelaksanaannya dengan pihak kementerian membuat kajian menyeluruh terhadap impak kenaikan terutama kepada miskin bandar yang majoritinya berbangsa Melayu.

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menggesa diadakan dialog dan sesi perbincangan dua hala antara pihak kementerian mahupun DBKL dengan seluruh persatuan peniaga-peniaga dan persatuan penduduk di ibu kota bagi memahami masalah yang dialami oleh warga kota sebelum melaksanakan sesuatu dasar yang menjerut pendapatan rakyat.

“Kecekapan mengurus dan mentadbir kewangan DBKL perlulah ditingkatkan dan lebih efisien bagi memastikan setiap warga kota merasai dan memperoleh hak mereka sebagai rakyat dengan mengelakkan segala ketirisan, kebocoran dan penyelewengan dalam urus tadbir sumber kewangan yang kita maklum milik rakyat yang membayar cukai,” ujar Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khairudin dalam memorandum bantahan, sebagaimana di bawah.

BERHIMPUN
DATARAN DBKL 

--------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melayu professional mmg lemau.. apatah lagi yg marhaen.. lu tgk berapa kerat sgt nak turun berdemo.. melayu bukannya mcm org thai.. melayu ialah me-layu...nak turun berdemo pun susaah.. apatah lagi diancam kene sembur tear gas.. biar tax naik pun xper.. janji xkene teargas sudah la.. tambahan pula melayu PAS.. harap demo bantah konsert boleh la.. demo membantah RIBA pun tak berani buat.. yg sebok arak, konsert, akhlak, sosial.. sistem RIBA tak berani hinggut bank bagi runtuh.. walaupun tahu bahaya dan ancaman riba lebih dahsyat dari zina, arak, sosial, ekonomi dan apa2 lagik.. mai tang riba, lebai2 PAS mcm kene pegang telor.. tambahan pulak muncul ostat2 PAS yg baru tulis tak sampai 20 buah buku, tetiba RIBA DIBOLEHKAN..kahkahkah..imam2 besar tulis buku begitu banyak hinggakan boleh disusun menjadi bangunan 3 tingkat pun, tak ada satu habuk pun riba dibolehkan.. kerje dgn bank, masyukkkk.. ada hati terlibat riba, masih boleh pakai kopiah gi keje bank, solat tunggang tunggik menjadi pencatat riba, ada hati nak sembah Allah Taala.. bunuh diri adalah lebih mulia dari menjadi pencatat urusan riba...