Sabtu, 1 Mac 2014

MAT MONGOL JADI MAT KANG LONG





Kenyataan Media Oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 28 Februari 2014

Selamat Datang Perdana Menteri. Sila Hapuskan Tol dan GST Demi Rakyat

Sempena Perdana Menteri Najib akan merasmikan Jambatan Kedua Pulau Pinang pada hari Sabtu ini, saya ingin mengucapkan selamat datang Perdana Menteri serta menyeru beliau agar hapuskan Tol dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan membebankan rakyat.

Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang memang dapat mengeratkan lagi hubungan rakyat di antara benua dan pulau khasnya menerajui pembangunan ekonomi di negeri Pulau Pinang. 

Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta memastikan dasar-dasar yang bakal dilaksanakan perlu mendapat sokongan daripada rakyat. Suara rakyat suara keramat. Kesejahteraan dan kesihatan mental rakyat juga tidak boleh diabaikan, terutamanya apabila kos sara hidup dan tekanan hidup yang kian hari kian meningkat telah menyebabkan pelbagai masalah sosial berlaku.

Sementara kerajaan berusaha untuk membangun ekonomi negara seperti mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi, malahan juga perlu berimbang dengan Tahap Kebahagiaan Rakyat (GNH - Gross National Happiness) pada masa yang sama.

Akibat daripada sistem kemudahan pengangkutan awam yang tidak lengkap, kos pengangkutan bagi setiap keluarga (minyak kereta dan tol jalan) telah menyumbang perbelanjaan yang tinggi. Walaupun kerajaan Barisan Nasional telah memerintah lebih 50 tahun tetapi tiada usaha untuk mansuhkan tol jalan malah menaikkan kadar tol.

Tahun lepas kerajaan BN cuba menaikkan kadar tol jalan untuk emapt belas (14) lebuhraya di Semenanjung Malaysia. Walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menafikan penangguhan kenaikan kadar tol disebabkan oleh Pilihanraya Kecil Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac, tetapi kerajaan juga terpaksa membayar pampasan sebanyak RM400 juta kepada syarikat-syarikat konsesi lebuhraya.  

Kesemua ini merupakan taktik lama Barisan National untuk memberi “gula” pilihanraya untuk mengambil hati rakyat supaya dapat memenangi pilihanraya kecil. Namun demikian, saya percaya rakyat sudah bijak serta sedar akan hak asasi sendiri. Mereka tidak termakan tipu helah Barisan Nasional. Rakyat akan bersatu dan menggembleng tenaga untuk menentang pelaksanaan GST dan mendesak kerajaan menyelesaikan masalah kos sara hidup yang meningkat secara mendadak akibat daripada siri harga barang naik.

Banyak demonstrasi telah diadakan di seluruh Malaysia untuk protes kenaikan harga yang membebankan rakyat. Saya mendesak agar Perdana Menteri dan semua pemimpin BN supaya mendengar suara bantahan rakyat serta mengutamakan kepentingan rakyat. Hapuskan tol lebuhraya dan GST yang akan memudaratkan kehidupan rakyat serta ekonomi negara.
  
LEE KHAI LOON
ADUN Machang Bubuk
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pulau Pinang


------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kata Kelas Berleter:- Kajang bazirkan duit kita!!! Tapi Balingian.... Sonyap yoo.

Tanpa Nama berkata...

Hapus tol..naik feri percuma jugak..kahkahkah..perkhidmatan feri bungkus trus...

Tanpa Nama berkata...

ini yg betul2 cool.. sumbat saja kangkung dalam mulut najib.. biar dia tau hari2 makan kangkong rasa dia camana..