Ahad, 15 Mac 2015

APA MAKNA 7 MARCH




APA MAKNA 7 MARCH

Demonstrasi 7 March telah berlalu. Laungan - Undur Najib Undur - masih berdengong di telinga. Gambaran kain rentang besar dengan tulisan – UNDUR NAJIB – telah menjadi imej berita media dalam dan luar negara. Muka depan akhbar Guang Ming Daily terpampang tajuk berita : REFORMASI 2.0. Manakala muka depan akhbar Kwang Wah Yit Poh penuh dengan gambar 7 March.

Media Baru – The MalaysianInsider dan MalaysiaKini meledak dengan pendatang dan langganan baru. FaceBOOK Malaysia menjadi berat membawa berita dan gambar tunjuk perasaan petang Sabtu. Apa sebenarnya 7 March? Apa dia #KitaLawan?

Dalam tulisan ini saya akan cuba menerang dan menganalisa makna dan tanda tunjuk perasaan ini. Kita wajib memahami tanda dan makna politik jalan raya. Kita wajib mengumpul pengalaman bersama sebagai guru kita. Pengalaman ini akan mengajar kita bahawa politik jalan raya pasti membawa hasil. Tulisan ini bertujuan untuk memberi pencerahan jika masih ada yang kurang faham tentang kenapa kita ke jalan raya.

Demonstrasi 7 March 2015 di Sogo ini adalah pemulaan siri siri tunjuk tunjuk perasaan yang telah dan sedang disusun oleh anak- anak muda. Saya ulangi sekali lagi : disusun oleh anak-anak muda. Justeru – kata kunci disini ialah perkataan ANAK MUDA. Inilah kunci politik Malaysia Baru. Anak muda adalah pemegang kunci yang akan membuka arah dan garis politik baru Malaysia.

Anwar dipenjara pada 10 Febuari yang lalu. Pada Sabtu pertama sesudah pemenjaraan satu kumpulan anak muda telah memulakan gerakan Undur Najib - Undur Rosmah. Hampir 500 ratus anak muda telah turun berdemo di Sogo untuk kali pertama pada Hari Kekasih 14 Febuari 2015.

Sesudah demo kali pertama ini kita mula terbaca pandangan Profesor Kang Kong dan pandangan Penganalisa Politik yang mengatakan bahawa 'politik jalan raya' telah TIDAK POPULAR lagi. Politik jalan raya telah gagal. Jalan Raya sebagai wadah politik menurut tulisan Profesor Kang Kong telah tidak relevan.

Saya mulanya tersenyum kemudian saya ketawa terbahak-bahak. Ini kerana saya dimaklumkan bahawa Phd yang ada pada Profesor Kang Kong ini didapati bukan dengan ilmu kajian tetapi dibeli dengan timbang kati. Saya langsung tidak ada keyakinan terhadap Tukang Analisa Politik. Ini kerana saya dapati tulisan garapan Si Penganalisa politik ini membuktikan Si Mamat ini amat 'kureeng membaca'. Jauh sekali memahami falsafah dan teori politiik terkini.

Saya bukan angkuh. Tetapi merasa marah kerana pada minggu pertama sesudah Anwar dipenjara berbuih-buih mulut saya menerangkan tentang duduk pekara dan Sejarah Gerakan Reformasi98.

Saya dihujani dengan 'pertanyaan'. Sebenarnya yang bertanya bukan ingin bertanya tetapi ingin memperlekeh teori politik Jalan Raya sebagai satu wadah politik dalam negara Dunia Ketiga. Menafikan jalan raya sebagai wadah politik untuk menumbangkan rejim yang zalim dan ganas.

Pertanyaan ini jelas berniat untuk memperlekehkan sokongan rakyat terhadap Anwar Ibrahim. Ingin menafikan sokongan anak-anak muda terhadap Pakatan Rakyat. Pertanyaan yang bersalur tohmahan ingin menunjukkan bahawa apa pun yang kita lakukan United Malays National Organisation tetap berkuasa. Ke jalan raya adalah sia-sia.

Hakikatnya 'orang-orang' yang bertanya dan mempersoalkan kenapa TIDAK ramai turun ke jalan raya pada minggu pertama sesudah Anwar dipenjara – sebenarnya tidak menyokong politik jalan raya. Pertanyan itu hanyalah helah untuk memastikan politik jalan raya kendur. Berniat agar politik jalan raya gagal. Sebenarnya ada niat jahat dalam hati sanubari mereka.

Jangan silap baca sejarah. Ketika Anwar diterajang dari tampok kuasa TIDAK ramai yang datang bersimpati ke Bukit Damansara. Malah saya sendiri TIDAK pernah sampai ke wilayah itu. Ketika itu saya melihat ini Anwar ditendang kerana pergaduhan dua kumpulan lanun. Satu kumpulan lanun besar diketuai oleh Mahathir dan satu lagi lanun baru muncul yang dikepalai oleh Anwar. Ini bacaan awal oleh ramai orang termasuk saya sendiri. Justeru saya tidak ambil pot tentang apa yang terjadi dirumah Anwar di Bukit Damansara.

Jangan salah baca. Satelah Anwar lupus dari tampok kuasa memang TIDAK ramai yang turun ke pekarangan rumah Anwar. Kenyataan Anwar pada ketika ini masih mundar mandir. Tidak jelas dan TIDAK melawan. Sejarah minggu pertama merakamkan bagaimana Anwar masih menganggap Mahathir Muhamad sebagai 'mentor' bukan sebagai musuh.

Apabila Anwar membawa rakyat ke jalan raya pada 20 September 1998 saya masih kurang yakin tentang arah dan tujuan demonstrasi petang itu. Saya hanya turun untuk melihat dan mengkaji. Untuk melihat ke mana agaknya Anwar akan mengarahkan puluhan ribu sosok yang berdemo.

Biar saya terangkan fakta disini. Pada 20 September 1998 – ramai yang turun ke jalan raya kerana Anwar Ibrahim ialah Timbalan Perdana Menteri. Kerana Anwar Ibrahim ialah Timbalan Presiden Parti United Malays National Organisation.

Justeru ramai ketua bahagian, ramai tukang bodek, ramai pencari kontrek, ramai broker politik yang turun. Kesemua mereka menyimpan harapan dalam dalam masa satu atau dua minggu Mahathir akan tumbang. Anwar Ibrahim akan menjadi PM Malaysia yang baru. Turun ke Dataran Merdeka pada 20 September akan dijadikan modal saham perlaburan untuk mencari projek atau silap silap dapat bertanding menjadi YB. Justeru pada petang itu saya ternampak – Khir Toyo, Ahmad Sebi dan Zambry. Semua membeli saham.

Para petang 20 September ini ribuan penunjuk perasaan yang berhimpun di Masjid Negara kemudian berarak ke Dataran Merdeka. Dari sinilah munculnya rujukan dan tahap perbandingan – ramai atau tidak yang turun ke jalan raya. Berjaya atau gagal tunjuk perasaan itu. Tarikh 20 September ini dijadikan patukan. Ini tidak tepat

Kejayaan REFORMASI98 ialah mengkalihkan politik jalan raya dari berpusat di sosok Anwar Ibrahim ke agenda menjatuhkan Mahathir Muhamad. Anwar Ibarahim hanya 'alat' untuk mengolah persetujuan. Mahathir dicap sebagai zalim dan Anwar dinobatkan sebagai ikon mangsa kezaliman. Ini kejayaan REFORMASI98

Pada awalnya ada pelbagai slogan simpang siur. Akhirnya terarah dengan slogan Undur Mahathir Undur. Tetapi awalnya para demonstran masih belum melihat United Malays National Organisation sebagai musuh. Ramai dalam Gerakan REFORMASI98 hanya melihat Mahathir sebagai musuh. Parti Ketuanan Melayu ini masih belum ditakrif sebagai musuh.

Justeru kita melihat bagaimana teori saya yang kurang yakin terhadap kumpulan Anwar Ibrahim ini menjadi fakta apabila Ezam Mat Nor dan kuncu-kuncu lari menyerah diri kepada United Malays National Organisation.
Apa sangkut paut fakta sejarah ini dengan 7 MARCH?

Kali ini semuanya bebeza. Kali ini gerakan ini dipanggil #KitaLawan. Penggunanan # melambangkan ianya gerakan anak muda. Lambang # ini TIDAK wujud pada tahun 1998. Yang wujud hanya Mahazalim dan Mahafiraun. Ini pun laman yang bergerak dibawah tanah.

Untuk Profesor Kang Kong dan Mat Penganalisa Politik – sila fahami kali ini slogan awal ialah Undur Rosmah dan Undur Najib. Tidak ada lagi siapa yang menganggap Najib sebagai mentor atau sebagai ayah. Kali ini yang jelas ialah perlawanan anak anak muda yang mahu meruntuhkan yang lama untuk mendirikan yang baru

Bebaskan Anwar Ibrahim masih lagi menjadi laungan tetapi politik anak muda kali ini tidak ambil pot tentang siapa Ketua Pembangkang, siapa Hadi Awang atau siapa Nik Abduh. Anak muda tidak ambil pot ada atau tak ada PRK di Permatang Pauh. Semua ini TIDAK relevan. Untuk #KitaLawan yang penting ialah melawan dan turun ke jalan raya.

Politik jalan raya kali ini adalah politik pasca Arab Spring, pasca Tunisia, pasca Occupy. Politik jalan raya kali ini ialah pasca PRU12 pasca PRU13. Kali ini anak-anak muda yang turun ke Sogo mewakili 52% warga Malaysia. Najib dan Rosmah bersama United Malays National Organisation hanya mendapat sokongan 47% rakyat Malaysia. Ini fakta. Najib dan Rosmah sedar hal ini. Malah mereka tahu dalam PRU 13 mereka menang dengan jalan tipu.

Sebelum diakhiri - ada satu pekara yang amat menonjol tapi mungkin ramai terlepas pandang. Satu petang Sabtu pada tahun 1998 ketika kami sedang berdemonstrasi di Sogo – Dr Wan Azizah telah turun dengan kereta. Melalui kereta atap terbuka Wan Azizah telah melambai dan mengacung tangan tanda melawan kepada para demonstran.

Media milik parti Ketuanan Melayu secara gila-gila menyerang hebat Wan Azizah. Menuduh Wan Azizah tidak bertanggung jawab menggalakkan politik jalanan. Akhirnya Wan Azizah mengatakan bahawa dia turun kerana membeli belah. Dia berada di Jalan TAR secara tidak sengaja. Saya tahu ini bohong. Wan Azizah pada ketika itu tidak memiliki kesedaran politik yang ampoh tentang politik jalan raya..

Pada 7 March 2015 , Sabtu lalu, Dr Wan Azizah telah mendewasa. Kini Wanita Malaysia Pertama ini bukan sahaja percaya akan politik jalan raya malah telah turun sama ke jalan raya berdemo. Petang itu Dr Wan Azizh telah berucap betul-betul dihadapan tangga Sogo. Arang yang terconteng dimuka Wan Azizh semenjak tahun 1998 kini terlupus. Dr Wan Azizah bersama kaum keluarga telah berarak dari Sogo ke ke KLCC. Profesor Kang Kong sila ambil perhatian fakta ini.

Profesor Kang Kong juga wajib sedar kali ini tindakan anak anak muda semakin cool dan pop. Mereka berbaju hitam – simbol countrer culture pasca punk. Baju hitam mereka ada tanda ledakan kemarahan terhadap generasi 'oldtai' yang menggunakan politik dan kuasa untuk mengkayakan anak bini dan kroni. Justeru, sila dengar gendang perang yang mereka palu setiap petang Sabtu di hadapan Sogo. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa mahu melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
02-92-21-30-45


--------------

6 ulasan:

Lang berkata...

Setuju... memang ada sebahagian besar yang datang berhimpun itu mengharapkan ganjaran besar jika anwar jadi pm. Yang rasa tak yakin sudah angkat kaki. Yang bijak cerdik berpaling tadah untuk ganjaran besar. Yang sabar menanti masih setia menunggu untuk mengharap ganjaran dikemudian hari... sebab itu kita masih nampak budaya angguk2 dan cium tangan wujud dalam pakatan. Ini budaya siapa????

Awanama berkata...

kih kih kih...

yang join reformasi '98 dulu tu tua bangka belaka gamaqnya pak tt yek...

azmin pada masa tu pun dah umur kira-kira 60 an gitew!

Awanama berkata...

Tuan tt, tak payahlah kau cerita pasal professor kat malaysia ni. semuanya kangkong.Selagi mereka kaki bodek, kaki projek pi mamposssla, sapa pun tak hormat.Malah pelacur dan professor kangkong ni sama je tarafnya.dalam kata lain mereka-mereka ini adalah pelacur politik.sanggup kangkang pada najib dan rosmah untuk nak bela anak bini mereka.Professor anak haram jadah semuanya.kah..kah..kah..

Awanama berkata...

anak muda tak ambil pot sapa ketua pembangkang? kalau cmni isham,anak2 muda yg turun ke jalanraya tu bolehlah dikategorikan mat baju batik salin pki jeans lusuh dgn jack purcell.. tak rare tp usaha untuk nampak rare.

bukankah untuk menumbangkan sesuatu rejim kita kena ada arah tuju yang betul? jika najib tumbang sapa pulak nk amik alih nih klu anak-anak muda xamik pot pon sapa ketua pembangkang?? aduh...jem pala hotak aku pikiaq ni...

Awanama berkata...

1.kalu setakat 4 -5 ribu jee yg turun!!tak payah cerita la bhaiiibuat habih ayaq liok jeeee!!!
2.tak dak sapa nak percaya pada anuar dah!!!
3.kalu najiib turunpun!!!anuar tetep salah meliwat!!!

Awanama berkata...

tt ! gua caya lu !

gua tengok YB PKR pun ada sebagai tukang sibok dan kaki jilat , kaki ampu , kaki kroni , kaki temberang , kaki penipu dan opportunis untuk penuh qorum aja - O7 Mar 2015 .

YB opportunis ni duk plyay save - yg berucap duk play save - YB yg tak berucap duk asah pelir - betul betul celaka semuga dilakhnat atas YB ni hendaknya.

Kepada YB YB ni gua hadiahkan ........khaaak puuuui ! 1999999999999999999999 X

kepada professore kang kong dan kong kek dan kuncu kuncunya .....khaaaaaak tuuuuuuuui ! 19999999999999999999999 X