Ahad, 15 Mac 2015

FORUM PETANG INI DI PJ





PETANG 

INI

hotel crystal crown
petaling jaya
jam 3:00 petang

RADIO BANGSAR
siaran langsung





Pengarang Sarawak Report sertai forum 

1MDB esok, kata Tony Pua 

Rakyat Malaysia akan berpeluang mendengar secara langsung mengenai syarikat yang sarat dibebani hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada pengarang Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown, pada satu forum esok.
Wartawan penyiasatan yang berpengkalan di Britain itu akan menyertai dua lagi pengkritik tempatan dalam forum "1MDB: The Ultimate Low Down" yang akan diadakan melalui telesidang video, kata Ketua Publisiti DAP Tony Pua.
Dua lagi ahli panel ialah Pua sendiri, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, yang juga ahli Parlimen Pandan.
"Seperti yang kita tahu, pendedahan dibuat laman web Sarawak Report memberi bukti penting – dalam bentuk dokumen rahsia dan perbualan e-mel – untuk mempertahankan pelbagai kritik dibuat terhadap 1MDB sejak beberapa tahun lepas," kata Pua.
Katanya, Brown mungkin mendedahkan lebih informasi mengenai 1MDB pada forum jam 3 petang di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya esok, berdasarkan ribuan dokumen berkaitan syarikat milik kerajaan itu yang didakwa dimilikinya.
"Perbincangan itu akan dikendalikan oleh Cynthia Gabriel, pengarah eksekutif Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4)," kata Pua yang menjemput semua rakyat Malaysia menyertai forum itu.
Sarawak Report sejak beberapa minggu lalu lantang membuat satu siri pendedahan mengenai 1MDB, dengan Brown baru-baru ini berjanji dalam satu temu bual media yang terdapat banyak lagi yang akan didedahkan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengarang-sarawak-report-sertai-forum-1mdb-esok-kata-tony-pua#sthash.OfsREEQK.dpuf


KAH KAH KAH

woit
datang
dengar forum
semua akan bocor
semua terbarai
kah kah kah

SIARAN LANGSUNG

-----------

Tiada ulasan: